Oleh: MSK
Ramai yang bertanya mengapa aku dah kurang menulis. Memang..sejak Hari Raya lalu, semakin kurang aku menulis. Sebabnya, aku lebih banyak buat kerja lain.
Aku rasa…dah banyak idea-idea yang dilontarkan didalam Perakexpress ini. Sejak dari dulu lagi, macam-macam yang aku tulis. Dari Kampung Direct Investment, Ceria, Kerajaan Maya Rakyat, Political Innovacione… macam-macam lagi. Tetapi idea-idea itu hanya tinggal idea. Aku terlalu sibuk dengan perkara lain.
Terutamanya Pilihanraya Kecil. Aku terlalu banyak berpolitik, sehinggakan idea yang ingin aku buat terbengkalai. Setiap kali aku merancang, setiap kali itulah ianya tergendala. Dan akhirnya aku merasakan aku cuma pandai cakap, tapi tak buat.
Dan sejak bulan puasa yang lalu, aku cuba melakukan perubahan pada diri aku sendiri, sebelum aku minta orang lain berubah. Aku cuba untuk ‘Buat’, bukan setakat ‘Cakap’ atau tulis.
Universiti Terbuka Perak - UREKA
Walau apa pun terjadi, kami akan buat juga. Dan kini semakin hampir menjadi kenyataan. Program pertama akan berlangsung pada 17 Oktober ini. Aku dah buat posting tentang ini dalam artikel yang lalu. (disini)
Tapi aku nak bagi tau sekali lagi. Program ini adalah program tertutup. Mereka yang hadir adalah dengan cara mendaftar terlebih dahulu dan borang pendaftaran telah pun disediakan. Tempat terhad, dan kami hanya akan menerima sekitar 100 orang. First come first serve. Siapa yang mendaftar awal, ada tempat…tapi selepas borang pendaftaran ditutup, kami tidak akan menerima pendaftaran lagi. Dan minta maaf, tempat didalam dewan dialog memang terhad dan kami hanya akan membenarkan mereka yang mendaftar untuk masuk.
Kami mengharapkan lebih ramai blogger yang hadir. Tetapi tidak ada sebarang keistimewaan diberikan. Semua orang sama saja. Program ini adalah percuma. Dan oleh kerana tidak ada bayaran yang dikenakan, maka tak ada makan-makan. Malah, air mineral juga tidak disediakan. Kami bukan ada duit.
Program akan bermula jam 9 malam dan berakhir jam 12 malam. Satu jam setengah diperuntukkan untuk Panelis membincangkan tentang tajuk yang diberikan, dan sejam setengah lagi untuk sessi berdialog.
Hadirin boleh bertanya apa saja, tetapi perlulah didalam lingkungan tajuk yang diberikan. Tajuk yang akan dibincangkan ialah “Media Alternatif Dalam Politik Baru”. Kami pilih tajuk ini kerana ingin memberikan tumpuan kepada para blogger dan mereka yang membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat menerusi media alternatif.
Selepas ini, kita akan membawakan pula pemimpin-pemimpin lain untuk membincangkan tajuk-tajuk yang lain.
Matlamatnya….adalah untuk memberikan ruang kepada rakyat untuk menyatakan isihati mereka, manakala pemimpin pula perlu menggunakan ruang ini untuk memahami apa yang dimahukan oleh rakyat.
Bengkel Penulisan
Pada peringkat awal, kami mencadangkan untuk membuat program ini kepada team Perakexpress sahaja, tetapi setelah berbincang dengan rakan-rakan dalam Bloggers Network, maka kami membuka ruang ini untuk semua.
Sekali lagi…kami buka ruang ini untuk para bloggers tetapi tidak ada keistimewaan diberikan. Tempat adalah terhad dan kami hanya akan menerima 40 orang (maksima) untuk bengkel kali ini. Dan setakat ini, (walaupun borang hanya dikeluarkan semalam), seramai 21 orang sudah mendaftar. Hanya 19 tempat lagi yang tinggal.
Dan borang pendaftaran akan ditutup sebaik saja kami mencapai angka 40.
Bengkel penulisan ini akan dikendalikan oleh dua orang yang berpengalaman dalam bidang penulisan. Sdr. Hasmi Hashim dan Sdr. Fathi Aris Omar.
Sdr. Hasmi Hashim merupakan penulis yang sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Pernah menjadi penulis didalam Suara Keadilan, dan merupakan salah seorang penggerak Jalantelawi.com . Kini memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Kamarul Baharin Abas. Ahli Parlimen Teluk Kemang.
Beliau akan membincangkan tentang penulisan rencana dan akan mengendalikan bengkel ini secara solo. Dari mula hingga akhir pada 17 Oktober nanti. Dan pada sebelah malamnya pula, berlangsung dialog UREKA dengan tiga pemimpin Pakatan Rakyat. Dan ini merupakan praktikal pertama bagi mereka yang hadir pada bengkel penulisan rencana untuk mencuba menulis berdasarkan pengetahuan yang diperolehi pada waktu siangnya.
Pada keesokan harinya, (18 Oktober), satu lagi bengkel akan diadakan dan akan di kendalikan oleh Sdr. Fathi Aris Omar, (Editor BM, Malaysiakini).
Bengkel ini akan dibahagikan kepada dua tajuk. Sebelah pagi akan diadakan bengkel Penulisan Berita, dimana peserta akan dibimbing tentang cara-cara menulis berita. Manakala sebelah petang pula akan diadakan bengkel pengurusan media internet.
Fathi Aris Omar (FAO) merupakan seorang penulis yang sudah lama dikenali. Orang yang sentiasa menulis secara bebas, mengikut apa yang dia mahu. Kadang-kadang kontroversial, tetapi apa yang penting ialah menimba pengalaman beliau mengendalikan laman web Malaysiakini.
Bengkel penulisan rencana dan berita ini akan diadakan selama dua hari, dan dilakukan secara percuma. Kami masih lagi mempunyai baki daripada sumbangan orang ramai ketika PRK Bukit Gantang yang lalu dan wang ini akan digunakan untuk membiayaai kemudahan yang diperlukan.
Tak ada beg, tak ada sijil, tak ada cenderahati. Malah Sdr. Hasmi Hashim dan Fathi Aris Omar juga mengendalikan bengkel ini secara percuma. Tak ada bayaran untuk mereka. Peserta bengkel perlu membawa buku nota masing-masing. Sebab kami tidak menyediakan kertas atau pen.
Walaubagaimanapun, setiap peserta diminta membayar duit makan dan kami menetapkan RM10.00 sehari untuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Untuk dua hari bengkel, bayarannya ialah RM20.00.
Bagi mereka yang perlukan tempat penginapan, kami mengaturkan ‘Homestay’, dengan kadar RM10.00 seorang.
Pembayaran boleh dibuat pada hari bengkel dilangsungkan.
Program Kemasyarakatan.
Sejak seminggu lalu, aku tak dapat menulis kerana menguruskan satu program perintis.
Satu masa dulu, aku pernah menulis empat siri tentang Kampung Direct Investment. Walaupun idea yang ditulis itu dipenuhi dengan humor, tetapi seorang Pensyarah Universiti telah menerima idea tersebut dan bersedia membantu aku melaksanakan idea tersebut. Dan selama tiga hari yang lalu, program tersebut telah pun dijayakan. Yang ini akan aku ceritakan semasa Dialog UREKA pada 17 Okt. nanti.
Dan beberapa lagi program kemasyarakatan sedang dirancang dan dalam bulan November nanti, satu program yang melibatkan peserta luar negara akan dilangsungkan. Dan dalam program-program kemasyarakatan ini, aku buat kerja tak peduli apa fahaman politik.
Aku akan bekerja dengan sapa saja, tak kira Pas, PKR atau Umno. Ia bergantung kepada siapa yang mahu membantu dan aku tak akan tanya apakah fahaman politik mereka.
Tags: msk, ureka
AMANAT TOK GURU
Islamic Widget
UREKA
Dicatat oleh
pengail tua
at
Jumaat, 9 Oktober 2009
Ya Allah Rahmatilah Daku
"Ya Allah,sesungguhnya aku menganiayai diri ku dengan aniaya yang banyak,dan tiada ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau,Maka ampunkanlah aku dengan keampunan dariMu,dan RAHMATI daku"
0 ulasan:
Catat Ulasan