Kini sudah 2 bulan Zahlia berada di Malaysia. Zahlia termenung sendirian di balakon rumahnya sambil mengambil angin sepoi2 bahasa suasana malam kampungnya. Malam itu fikiran Zahlia begitu berkecamuk. Masalah lain pula yang timbul setelah mereka diizinkan berkahwin. Sejak akhir2 ini perasaan itu mula bermain di fikirannya. Dia merasakan masih belum layak lagi untuk bergelar seorang isteri. Banyak tugas dan tanggungjawab yang harus dipikulnya bila bergelar isteri nanti. Dia merasakan dirinya masih lagi banyak kekurangan. Dan impiannya masih belum tercapai. Dia inginkan dirinya dalam keadaan baik sebelum di'serah'kan kepada lelaki yang disayanginya itu. Dia mahu dirinya nanti boleh mengembirakan hati suami. Bila difikirkan lagi semua itu, rasa ingin dibatalkan saja perkahwinan yang bakal dilangsungkan itu. Adakah dia perlu buat begitu hanya kerana bermain dengan perasaan sendiri saja?? Rizal masih tidak tahu lagi tentang perkara itu. Zahlia menjadi takut untuk berumah tangga bila memikirkan segala2nya perkara yang sentiasa bermain di benak fikirannya sebelum ini. Sengaja tidak diceritakan pada Rizal tentang perkara ini. Dia ingin Rizal tiba dahulu ke tanah air, barulah dia akan menceritakan segala2nya pada Rizal.Sudah seminggu Rizal di kampung halamannya. Dia begitu sibuk melayan tetamu yang hadir ke rumahnya. Adik beradiknya juga ada yang datang menziarahinya. Puan Halimah pernah bertanya padanya. Tidak mahu bertunang dahulu kah? Rizal tidak mahu seperti itu. Baginya, jika bertunang dahulu, perlu tunggu tarikh yang ditetapkan pula untuk melangsungkan perkahwinan.Dia inginkan akad nikah terus jalan cepat untuk bersama2 Zahlia. Semakin hari, rasa sayang dan cintanya pada Zahlia semakin membuak2. Namun berbeza pula situasi Zahlia. Semakin hari dia fikirkan perkara tersebut, semakin rasa ingin jauh dari Rizal. Bukan tiada rasa sayang dan cinta itu pada Rizal, tapi oleh kerana perasaan runsing itu sentiasa menyelubungi hatinya membuatkan dia tidak menyedari lagi keinginan bakal suaminya itu. Zahlia sudah nekad untuk membatalkan saja niat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Dia belum bersedia untuk berumah tangga. Walaupun keputusannya ini bakal mengecewakan hati Rizal, dia sudah sedia menghadapi respon dari Rizal. Tiba2 hanset nya berdering. Kelihatan nombor telefon Rizal tertera di skrin hanset. Zahlia jadi serba salah untuk mengangkat telefon. Perlahan2 dia menekan butang call."Assalamualaikum awak. Sihat tak? Lama tak tanya khabar awak. Macam mana persediaan untuk majlis kita nanti?"Rizal memulakan bicaranya. Zahlia terharu bila mendengar semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Rizal. Namun kerisauan yang menyelubungi dirinya selama ini lagi kuat menapak dalam hatinya. Bagaimana harus dia meluahkan pada Rizal tentang perkara sebenar yang dihadapinya. Baru saja bibirnya ingin meluahkan kata, terlintas raut wajah Rizal di benaknya. Raut wajah seorang lelaki yang benar2 ingin memperisterikannya. Adakah dirinya begitu kejam kerana ingin membatalkan perkahwinan mereka? Sedangkan Rizal sudah bersungguh2. Lagi kusut fikiran Zahlia bila difikirkan semua itu."Awak ada ke tak ada ni? Kenapa diam jaa?"Zahlia terkesima bila ditegur Rizal dalam talian. Dia cepat2 menumpukan perhatian pada panggilan Rizal."Erk, ada ja. Maafkan saya. Awak, sebenarnya macam ni......"Zahlia mula berkata2. Rizal pula sedikit kehairanan dengan sikap Zahlia malam ini. Ingin saja ditanya mengapa kelakuan Zahlia sedikit berubah. Tapi dibiarkan..... Zahlia menyambung semula perbualannya." Awak, saya nak beritahu sesuatu yang mungkin awak tak boleh terima. Saya tak sedia lagi nak kahwin tahun ini. Diri saya ni masih banyak kekurangan. Impian saya juga masih belum tercapai. Kalau boleh saya nak 'serahkan' diri ini pada lelaki yang saya sayang dalam keadaan yang 'terbaik'. Saya rasakan diri saya masih tak 'sempurna' untuk awak. Berat tanggungjawab jika dah berkahwin. Saya harap awak memahami saya. Bukan saya membenci awak,tapi hati ini masih belum bersedia untuk berkahwin. Berikan saya masa. 1 atau 2 tahun lagi macam mana? Maafkan saya Rizal. Saya tak berniat nak kecewakan perasaan awak......."Rizal tergamam mendengar penjelasan dari Zahlia. Kelu lidahnya untuk berkata2. Perlahan2 dia menurunkan tangannya yang dari tadi kuat menggenggam hanset ke sisi paha. Dalam masanya yang sama, air mata Zahlia juga turut menitis. Ini menandakan dia juga tidak sanggup meluahkan pada Rizal. Namun dia gagahkan jua dalam terpaksa. Rizal mematikan panggilan dengan tiba2. Dia masih tundukkan kepala. Menahan geram dan marahnya. Kelopak matanya mula menampakkan manik2 jernih. Air mata lelakinya gugur jua malam itu. Sambil kedua2 tangannya digenggam erat, dia berbisik sendirian,"Sampai hati awak buat saya begini, Zahlia. Apa salah saya pada awak? Kenapa sekarang baru awak nyatakan begini?"Titisan air matanya mengalir membasahi pipi. Rizal mengetap bibir. Cepat2 dia kesat kembali air matanya. Orang lelaki tak boleh menangis kerana perkara sebegini. Bisik hati kecilnya. Dia capai kembali hanset nya. Didail semula nombor Zahlia. Rizal mahu selesaikan semua persoalan yang bermain di fikirannya malam ini juga. Zahlia terus mengangkat telefon walaupun dia sudah tahu apa akibatnya." Kenapa awak buat macam ni kat saya?"Rizal memulakan bicaranya. Nada suaranya agak perlahan." Awak nak sempurna macam mana lagi? Kita ni manusia biasa ja. Tak da yang sempurna. Melainkan nabi2 ja. Awak nak diri awak macam mana lagi?? Apa yang kurangnya. Saya tengok awak ok ja. Awak tak ada hidung? Mata? Kaki tangan? Nak macam mana lagi? Awak nak jadi sebijik macam saidatina Aisyah isteri nabi, barulah nak kahwin dengan saya? Gitu? Kalau awak cakap tak sedia lagi, sampai bila nak bersedia?? Bila? Saya nak tanya awaklah kan. Kalau kahwin nanti, akan menjadi penghalangkah pada impian awak tu? Kenapa denga awak ni? Sebelum ni ok ja. Tak ada pula bunyi2 macam ni. Kenapa sekarang jadi macam ni pula?"Zahlia nak menjawab. Tapi dia ambil jalan untuk berdiam diri saja. Badannya sedikit ketar kerana mendengar suara Rizal."....... Sempurna macam mana lagi yang awak nak? Kita sama2 belajar agama. Jika ada salah dan silap tu, sama2 lah tegur. Awak tegur saya, saya tegur awak. Itulah tugas suami isteri. Awak nak berikan yang terbaik untuk saya? Saya dah terima awak seadanya. Buruk baik pun, saya tetap akan kahwini awak. Saya tak kisah lah awak macam mana sekalipun! Hati ini dah sayang pada awak. Rupa ke, umur ke, apa ke tak penting dah bagi saya. Cukuplah bagi saya sedap mata memandang. Dah memadai bagi saya. Bila lagi awak nak bersedia?? Tahun depan? 2 tahun lagi? 3 tahun lagi? Atau tunggu saya mati dulu baru awak nak bersedia??"Suara Rizal sudah sedikit meninggi. Marahnya mula menguasai diri. Ingin saja Zahlia memotong percakapan Rizal tadi. Dia tidak mahu Rizal mengatakan yang bukan2."....... Awak dah lupa masa mula2 saya taqdim awak dulu?? Apa yang awak cakapkan pada saya? Dah lupa ke atau memang sengaja buat2 lupa?? Saya tak paksa awak masa tu, bahkan saya bagi peluang kat awak untuk istikhoroh dulu. Kalau awak tak padam lagi mesej tu, awak bacalah balik apa yang awak pernah hantar kat saya dulu. Kalau dulu awak bagitau awal2 tak boleh terima saya lagi,kan senang. Saya pun tak payah susah2 nak taqdim siapa2!! Saya taqdim awak sebab saya nak kahwin cepat2. Saya tak mau bercinta lama2. Bercinta lepas kahwin baru nikmat! Sekarang awak buat perangai macam ni pula. Kenapa dengan awak ni? Saya betul2 kecewa dengan tindakan awak ni. Saya benar2 sedih dan terkilan. Awak mudah la cakap tunggu 1,2 tahun lagi untuk awak bersedia. Hati saya ni macam mana?? Nak letak di mana 'sayang' dan cinta' saya pada awak ni?! ............... Tak mengapa lah awak. Apa lagi yang saya mampu lakukan jika awak masih tak sudi dengan saya.""Awak jangan cakap camtu. Saya tak pernah cakap pun tak sudi dengan awak...."Percakapan Rizal di potong Zahlia. kali ini dia benar2 ingin menafikan kata2 Rizal tadi. Rizal pula lantas tak memberi peluang lagi kepada Zahlia untuk berkata2."....... Saya tak boleh teruskan hubungan ini. Saya tak mahu nanti tersilap langkah dalam bercinta. Biarlah saya simpan saja 'sayang' saya ini. Mungkin awak masih tak nampak kesungguhan saya ini. Saya sanggup balik Malaysia hanya kerana nak kahwini awak! Awak pun tau kan kuliah dah nak mula? Duit saya banyak dah habis..... Cakaplah dari awal2 masih tak sedia.... Janganlah buat saya begini. Saya juga punya perasaan... Walaupun saya ni lelaki, tapi hati seorang lelaki juga mampu untuk 'jatuhkan' air mata. Saya ada sesuatu nak berikan pada awak. Niat saya ni dah lama saya simpan. Walaupun tak jadi kahwin, saya tetap nak berikan benda yang saya niatkan ini pada awak. Kalau saya tak sempat nak bagi pun, mungkin mak dengan abah saya boleh berikan pada awak... Terima kasihlah kerana buat saya begini... Semoga awak berbahagia tak kira lah dengan sesiapa pun.... Akhir sekali saya nak pesan pada awak. Keputusan yang awak buat hari ini, awak jangan sesalkan kemudian hari nanti... Assalamualaikum."Tup!! Rizal mematikan panggilan. Kali ini Rizal benar2 kecewa dengan keputusan Zahlia tadi. Hatinya hancur luluh mendengar kata2 Zahlia. Zahlia pula dari tadi lagi sudah berderai air matanya mendengar kata2 Rizal. Laju air matanya mengalir. Bukannya tiada sebab untuk dia buat keputusan sebegitu. Mungkin bagi Rizal alasan Zahlia itu alasan bodoh dan tak masuk akal. Sebab itu dia tak boleh terima. Bagi Rizal, Zahlia terlalu merendah diri sehinggakan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rizal terus merebahkan badannya ke katil. Tidak mahu diingatkan peristiwa singkat yang berlaku tadi. Zahlia pula masih berendam air mata. Berdosakah dia kerana menghancurkan hati insan yang benar2 menginginkannya? Zahlia membuka kembali outbox dalam hanset nya. Ternyata dia masih belum padam mesej tersebut. Tertera perkataan......"Wassalam awak. Saya dah buat solat istikhoroh dan saya dah fikir masak2. Saya sudi terima awak. Kalau boleh kita jangan berkawan lama2 ya......Saya tak suka kawan lama2 tanpa ada ikatan... "Bertambah laju deraian air matanya bila dia membaca semula mesej yang pernah dihantarnya kepada Rizal dahulu...... Ingin saja dia menangis semahu2nya. Dia benar2 menyesal kerana perlakukan Rizal begitu... Zahlia akhirnya terlelap sambil matanya masih lagi berbaki air mata.
*********************************
*********************************
0 ulasan:
Catat Ulasan