kome bace yeeeeeeee..............................
Mak, Rizal nak kahwin... "Rizal menekan butang 'hantar' pada telefon bimbitnya. Mesej ringkasnya itu diharapkan dapat jawapan yang baik dari keluarganya di Malaysia. Dia pun tidak menyangka mengapa dengan tiba2 boleh menghantar mesej sebegitu kepada keluarganya. Dan inilah kali pertama dia menyatakan hasratnya itu secara terang-terangan. Tangannya masih kemas memegang hanset. Sabar menunggu jawapan dari Malaysia. Matanya tertumpu tepat pada skrin hanset. Berkali2 dia menelan air liur kerana bimbang dengan jawapan yang akan sampai nanti. 10 minit kemudian hanset nya berdering. Bunyi lagu A. Ramlie sayup2 itu sudah cukup untuk menyedarkan Rizal yang berada di dapur. Dia belari2 anak mendapatkan hanset nya."Jika itu yang Rizal nak, apa lagi yang mak mampu katakan? Kahwin lah jika itu yang terbaik untuk Rizal...."Rizal terkedu setelah membaca mesej dari maknya, puan Halimah. Dia masih diam. Kepalanya tertunduk. Akhirnya Rizal bersuara lembut sambil tersenyum."Alhamdulillah....... Keluarga aku bagi. Betul2 buat aku suspen jaaa... "Rizal lantas merebahkan badan sujud syukur pada Ilahi. Dia memang benar2 tidak menyangka bahawa keluarganya akan bersetuju untuk dia berkahwin di sini(Mesir). Dahulu Rizal pernah juga menyatakan hasratnya untuk berkahwin di sini. Walaupun nadanya dulu sebetulnya dalam jenaka, namun puan Halimah berkeras tidak membenarkan. Hasrat jenaka itu pernah dilafaznya 2 tahun yang lalu, iaitu sebelum dia berlepas ke Mesir. Tapi kini dia sudah ditahun 2 kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar cawangan Mansurah. Dan kini diulanginya lagi lafaz itu dalam nada yang benar2 serius. Hatinya bimbang jika keluarganya tidak mengizinkan dia berkahwin di sini. Namun jangkaannya itu meleset sama sekali. Rizal mencapai hanset nya sekali lagi. Kali ini dia ingin menghantar mesej kepada seseorang yang begitu dia kenali."Salam awak, keluarga saya dah izinkan. Keluarga awak macamana pula?"Rizal cepat2 menekan butang 'hantar'. Mengharapkan mesejnya itu cepat sampai kepada seorang perempuan yang bakal menjadi isterinya kelak. Rupanya2 Rizal sudah mengenali perempuan itu, dahulu sebelum menyatakan hasrat itu kepada keluarganya. Zahlia menerima mesej itu dengan hati senang bercampur risau. Sebelum ini Zahlia pernah menyatakan kesudiannya untuk menjadi isteri Rizal. Cumanya dia masih lagi tidak memberitahu kepada keluarganya di Malaysia. Rizal juga begitu. Dia 'taqdim' Zahlia awal lagi sebelum menghantar mesej hasratnya itu tadi. Zahlia risau jika keluarganya berat untuk melepaskannya berkahwin. Walaupun Zahlia sudah berada ditahun akhir kuliah Syariah Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, dia masih tidak yakin keluarganya akan mengizinkan dia berkahwin sebelum habis belajar. Fikirannya begitu runsing bila memikirkan masalah ini. Terasa berat jari jemarinya untuk membalas mesej Rizal. Akhirnya dia gagahkan jua...." Wasalam awak, saya senang hati mendengar berita ini. Tapi saya kena tanya pula keluarga saya. Esok saya telefon mereka... Boleh yaa?"Zahlia menaip lambat. Takut jika perkataan2 ini akan melukakan hati lelaki yang bakal menjadi ketua keluarganya nanti. Rizal membaca mesej Zahlia dengan teliti. Hatinya mula membibit rasa kurang senang. Dia menunggu hari esok dengan penuh sabar.
*******************************
*******************************
Zahlia baru saja selesai bercakap dengan keluarganya di Malaysia. Sudah tidak sabar2 rasanya Zahlia ingin memberitahu Rizal jawapan dari keluarganya di Malaysia. Rizal dari tadi lagi sudah tercegat di depan hanset. Mesej dari Zahlia masuk ke dalam inbox nya."Salam awak......."Itu saja yang ditulis oleh Zahlia. Rizal yang dari tadi menuggu menjadi tidak tentu arah. Fikirannya mula diserang satu perasaan 'ngeri'. Dia sudah tidak mampu lagi untuk mendengar jawapan yang sebenarnya dari Zahlia. Satu lagi mesej masuk ke inbox nya."Awak, keluarga saya izinkan kita kahwin. Tapi mereka nak kita buat kenduri di Malaysia... Macam mana tu?"Rizal senyum lebar membaca mesej kedua dari Zahlia. Dia mula mengucap kalimah syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya impiannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan hampir tercapai. Dan semua ini tidak pernah diimpikannya sebelum datang ke Mesir. Walaupun berita itu benar2 mengembirakan hati Rizal, namun jauh di sudut hatinya memikirkan masalah lain yang akan dihadapinya. Iaitu adakan kenduri di Malaysia. Baginya bukanlah kerana apa sangat dia mengelak untuk adakan kenduri di Malaysia. Cumanya dia ingin mengelak dari berbelanja besar. Jika berkahwin di Mesir, modal untuk adakan kenduri tidaklah sebesar mana. Rizal hanya seorang pelajar. Tak mampu untuk dia berbelanja besar jika di Malaysia."Tak mengapa, malam ini saya bagi jawapan lain.. Saya nak fikirkan dulu.."Zahlia membaca mesej Rizal sambil tersenyum. Senyumannya dari tadi masih lagi belum hilang. Mungkin seronok kerana dapat keizinan dari keluarga. Zahlia juga begitu gembira kerana lelaki yang berjaya menambat hatinya itu bakal menjadi pasangannya yang sah. Bukan senang untuk Zahlia menerima mana2 lelaki. Tapi entah mengapa Rizal akhirnya berjaya 'menjatuhkan' egonya. Mungkin kerana pada diri Rizal itu ada ciri2 yang diidamkannya. Zahlia berada di Kaherah kerana ada urusan persatuan di sana. Sejak akhir2 ini dia memang sibuk di Kaherah. Perlahan Zahlia letakkan hanset nya di hujung meja. Dia menyambung kembali tulisan minit mesyuarat yang di adakan kelmaren.Rizal menelefon abahnya, encik Azman untuk memberitahu secara terperinci lagi keinginannya itu. Encik Azman mudah memberikan kerjasama pada anak lelakinya itu. Rizal pun tidak menyangka, mengapa semudah ini keluarganya memberikan 'lesen'. Mungkin berkat belajar di Mesir. Bisik hati kecilnya. Abahnya juga bersetuju jika kenduri dilakukan di Malaysia. Berkenaan dengan duit, abahnya akan keluarkan sedikit. Rizal mula menguntum senyum. Berkali2 dia mengucapkan kalimah syukur. Rizal sudah tidak sabar2 lagi ingin menceritakan pada Zahlia. Bagi Rizal, Zahlia seorang yang suka mengambil berat. Mungkin semua itu kerana umur Zahlia yang lebih tua dari Rizal. Zahlia lebih tua dari Rizal 3 tahun. Namun sedikit pun Rizal tidak rasa kekok untuk menerima Zahlia sebagai permaisuri hidupnya. Umur bukanlah penghalang untuk mengecap kebahagiaan. Dia cepat2 mendail nombor Zahlia. Perasaannya membuak2 ingin memberitahu kepada bakal isterinya itu."Assalamualaikum awak. Saya dah buat keputusan. Kita buat kenduri kat Malaysia ja lah."Ujarnya penuh bersemangat. Zahlia tersenyum riang mendengar jawapan dari Rizal. Harapan mereka berdua untuk bersama sudah mula nampak jalannya. Ketika Rizal mula 'taqdim' Zahlia dahulu, bukannya dia tidak mahu beritahu kepada keluarganya di Malaysia. Tapi oleh kerana risau mungkin keluarganya tidak izinkan, dia lupakan saja niat itu. Zahlia juga begitu. Tidak menyatakan apa2 pada keluarganya di Malaysia. Dia mula menerima Rizal setelah 3 kali solat istikhoroh. Bisik hatinya begitu yakin menyatakan bahawa Rizal lah lelaki yang bakal menjadi 'pelindung' dalam hidupnya. Dan kini mereka berdua sudah berani meluahkan rasa masing2 pada keluarga. Takdir menetukan bahawa tiada halangan untuk mereka bersama di bumi para Anbiyak ini. Rizal pula tahun ini, entah mengapa perasaan ingin berkahwin mula menyelubungi dirinya. Mungkin sudah tiba masanya dia perlu berumah tangga walaupun dalam usia yang muda. Walaupun masih ditahun 2, dia yakin tiada masalah untuk memberikan tumpuan pada pelajarannya. Harapannya dengan cara berkahwin di sini, memudahkan lagi urusan sehariannya.Cuti musim panas sudah mula masuk ke penghujungnya. Rizal dan Zahlia mengambil peluang ini untuk pulang ke Malaysia untuk mendirikan rumah tangga dengan segera. Rizal menyuruh Zahlia pulang dahulu ke Malaysia kerana dia masih ada kerja yang perlu diselesaikan di Mansurah. Zahlia telah selamat tiba di Malaysia. Tinggal Rizal saja lagi di Mansurah menghabiskan baki kerjanya. Sebulan kepulangan Zahlia, Rizal masih lagi berada di Mansurah. Dan dalam tempoh itu juga Rizal tidak sempat untuk menhubungi Zahlia.
0 ulasan:
Catat Ulasan