AnGin TiMuR

di sini jalan ku

AMANAT TOK GURU

AMANAT TOK GURU

Islamic Widget

Universiti Terbuka Perak(UTP)

Oleh: MSK
Akhirnya, selepas berangan-angan sekian lama…Universiti Terbuka Perak semakin hampir menjadi kenyataan.
Dalam posting Media Rakyat 3 sebelum ini, aku hanya bercerita sedikit tentang Universiti Terbuka Perak. Dan ramai yang bertanya apakah Universiti ini akan mengadakan kursus-kursus tertentu yang menyediakan sijil, diploma atau ijazah?

Universiti Terbuka Perak (UTP) bukanlah universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Malah kami tidak mahukan pengiktirafan mengikut sistem sedia ada. UTP adalah universiti jalanan untuk mendidik masyarakat tentang politik baru. Bukan politik perkauman, bukan politik cari makan atau politik mementingkan diri sendiri. Tetapi UTP adalah satu inisiatif untuk mematangkan pemikiran rakyat dan pemimpin tentang politik baru.
Apa itu politik baru? Setakat ini, hanya cakap-cakap kosong untuk menarik pengundi. Politik baru hanyalah retorik, untuk mengalih pandangan daripada kelemahan, penyelewengan dan ketidakadilan. Politik baru hanyalah cakap-cakap ahli politik didada-dada akhbar ataupun dipentas ceramah.
UTP cuba membawa pembaharuan dalam pendekatan. Isu-isu dikupas melalui wacana, dialog dan forum. Perbincangan perlu dibuat secara kolektif. Dan pemimpin dinilai berdasarkan kemampuan mereka untuk memberikan idea penyelesaian. Bukan dengan hanya menyalahkan orang lain.

UTP bukan platform untuk mempromosikan ideologi parti, tetapi sebagai platform untuk menyuarakan kehendak rakyat. Pemimpin yang dijemput perlu bercakap tentang apakah perancangan, permasalahan dan jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang membabitkan rakyat…bukan tentang ahli parti atau kepentingan parti.

UTP mahukan lebih ramai pemimpin rakyat…bukan untuk melahirkan pemimpin parti. Kita mahukan lebih ramai pemimpin yang mampu membawa idea-idea baru yang rentas kaum, rentas parti, rentas budaya dan rentas ideologi. Dan akhirnya mencari persefahaman universal untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Dan kami telah pun mendapat persetujuan dari tiga tokoh utama dalam Pakatan Rakyat Perak untuk menjadi perintis kepada program ini. Dan mereka diberikan penghormatan kerana dilihat mampu membawa perubahan yang lebih dinamik didalam Pakatan Rakyat.

Biarpun mereka mewakili parti masing-masing, tetapi kita mahu melihat sejauh mana kemampuan dan kefahaman mereka tentang persepakatan yang diperlukan. Apakah nilai-nilai yang diperlukan untuk menghasilkan keserasian diantara kita, yang diharapkan menjadi tonggak kepada kekuatan untuk menentang penyelewengan dan ketidakadilan yang berlaku.

Ketiga-tiga mereka ialah Dato Seri Hj. Mohd. Nizar Jamaludin, Tuan Haji Ismail Yusop dan Sdr. Nga Kor Ming, yang mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak. Mereka akan digandingkan didalam satu forum untuk membincangkan tajuk “Media Alternatif Dalam Politik Baru”, yang akan diadakan pada 17 Oktober 2009, jam 9.00 malam.

Setiap daripada mereka hanya diberikan masa selama setengah jam untuk membentangkan idea mereka, dan selebihnya…mereka akan berhadapan dengan soalan-soalan, kritikan, kutukan dan apa saja yang terkeluar dari kalangan penonton. Masing-masing bebas untuk menyuarakan pendapat atau bertanyakan soalan. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, kami akan menyiarkan rakaman video di Perakexpress untuk menilai sendiri kemampuan ketiga-tiga mereka memberikan idea.

Program ini akan diadakan secara tertutup. Hanya mereka yang mendaftar akan dijemput kerana kita mahukan mereka yang hadir turut serta memberikan idea dan penyelesaian, bukan setakat menjerit takbir atau reformasi.

Kami masih belum memutuskan kekerapan program ini. Bergantung kepada kemampuan pengurusan dan sumber kewangan.

Kami akan menyediakan borang untuk diisi dalam sehari dua ini, untuk mereka yang berminat untuk menyertai program ini. Tempat terhad dan keutamaan akan diberikan kepada blogger-blogger dan tukang-tukang komen didalam mana-mana blog.

Tunggu kemaskini seterusnya.

Tags:

makluman UTP telah ditukar kepada UREKA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Ya Allah Rahmatilah Daku

"Ya Allah,sesungguhnya aku menganiayai diri ku dengan aniaya yang banyak,dan tiada ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau,Maka ampunkanlah aku dengan keampunan dariMu,dan RAHMATI daku"

About this blog

pada bulan oktober ni genap le bulan blog ni beroperasi.teman mengucapakan setinggi penghargaan kepada semua yang sudi melayari blog teman ni

INI JALAN KAMI

INI JALAN KAMI

TOK GURU MEMIMPIN

TOK GURU MEMIMPIN
MALAYSIA BERKAT

hari ini

pukul berape dah?????

mutiara kata

asma ul husna

Hadits Shahih Al Bukhari