dicopy dari blog badbishops.blogspot.com/2009/03/hukum-bermain-catur.html
Hukum Bermain Catur...
Assalamualaikum... Saya tertarik untuk mengulas perkara ini setelah membaca artikel di blog Saudara Nasrul di sini. Sebenarnya isu ini telah lama dibangkitkan namun saya tidak publish kerana pada ketika itu saya merasakan kurang pengetahuan untuk membincangkannya.Sebelum kita berhukum ke atas sesuatu, antara syarat utama ialah kita perlu mempunyai ilmu serta pengetahuan mengenai perkara atau isu yang terlibat. Ilmu tersebut pula perlulah berdasarkan sumber-sumber yang jelas mengikut turutannya seperti Al-Quran, Hadis, (Sunnah) dan Ijtihad. Ijtihad ini dilakukan melalui bentuk-bentuk seperti Ijmak Ulama (kesepakatan Ulama), Qiyas (Berdasarkan sesuatu yang sudah jelas hukumnya), Maslahah (Kebaikan kepada umum) dan Urf (Kebiasaan).Ijtihad hanya boleh dilakukan terhadap perkara-perkara yang BUKAN IBADAH iaitu muamalat. Dalam kes ini Hukum tehadap sesuatu urusan dunia seperti sukan, hiburan dan ekonomi boleh disandarkan kepada Ijtihad.Kaedah Usul FiqhBagi Urusan muamalat, Hukum asalnya adalah HARUS melainkan ada dalil yang MENGHARAMKANNYA.Pendapat Tentang Bermain CaturSecara umumnya (seperti apa yang dipetik dari blog ini), terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama iaitu ada yang berpendapat Haram , Makruh dan Harus. Namun, ketiga-tiga pendapat ini wajib dihormati dan kita tidak boleh mengkritik pandangan yang berbeza dengan kecenderungan kita. Ini kerana setiap hukum mempunyai justifikasi masing-masing.Namun saya cenderung untuk bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bermain catur ini HARUS DENGAN BERSYARAT (iaitu TIDAK MENYEBABKAN TERTINGGALNYA SOLAT, TIADA UNSUR PERJUDIAN dan TIADA UNSUR MAKSIAT). Sebenarnya ia bukan terhad untuk sukan catur saja tetapi semua sukan atau event yang kita lakukan. Ini kerana, pada pendapat saya sukan catur adalah satu jenis sukan yang BERMANFAAT untuk perkembangan minda. (sama seperti sukan lain yang menyihatkan tubuh). Soal lalai, tinggal solat dan maksiat lain adalah disebabkan oleh kelemahan manusia itu sendiri dan bukannya sifat sukan catur itu. Analoginya cukup mudah.... bersukan dan beriadah adalah harus dan baik untuk kesihatan. Tetapi kalau bersukan sampai tinggal solat, menyebabkan perbalahan dan melibatkan unsur-unsur maksiat maka haramlah jadinya....KesimpulanBak kata Saudara Nasero, Sama-samalah kita menjauhkan diri dari ketiga-tiga unsur tadi yang boleh menjadikan sukan catur ini haram..... Wallahualam
AMANAT TOK GURU
Islamic Widget
hukum main catur 2
Dicatat oleh
pengail tua
at
Isnin, 12 Oktober 2009
Ya Allah Rahmatilah Daku
"Ya Allah,sesungguhnya aku menganiayai diri ku dengan aniaya yang banyak,dan tiada ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau,Maka ampunkanlah aku dengan keampunan dariMu,dan RAHMATI daku"
0 ulasan:
Catat Ulasan