Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai berhati-hati apabila membeli sejenis minuman ringan jus buah-buahan kerana ia mengandungi alkohol yang boleh memabukkan.
Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow hari ini berkata jus itu mengandungi
antara empat hingga enam peratus alkohol.
“Walaupun pengeluar minuman melabel kandungan peratus alkohol, tapi sukar
melihatnya kerana kurang jelas,” katanya pada sidang akhbar selepas kempen bahaya arak kepada masyarakat di tempat letak kereta di pekan Kuah di sini.
Sehubungan itu, Subbarow meminta kerajaan dan kementerian berkaitan
menjalankan kajian terhadap minuman itu dan mengeluarkan garis panduan kepada
peniaga agar tidak menjualnya kepada pelajar dan remaja bawah umur. – Bernama
AMANAT TOK GURU
Islamic Widget
Jus buah-buahan ada alkohol
Dicatat oleh
pengail tua
at
Sabtu, 31 Oktober 2009
Ya Allah Rahmatilah Daku
"Ya Allah,sesungguhnya aku menganiayai diri ku dengan aniaya yang banyak,dan tiada ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau,Maka ampunkanlah aku dengan keampunan dariMu,dan RAHMATI daku"
0 ulasan:
Catat Ulasan