Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci.
Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.
Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).
Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.
Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.
Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal
AMANAT TOK GURU
Islamic Widget
Beza air mazi , air mani dan air wadi
PRK Permatang Pasir:USTAZ Vs OSTAD
PRK Permatang {Pasir menyaksi kan PAS dan UMNgok mengiystiharkan calon masing masing semalam PAS mempertaruhkan Al Fadhil Ustaz Salleh Man Persuruhjaya PAS P.Pinang Manakala umngok mempertaruhkan Rohaizat Othman.Ustaz Salleh Man Berpendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas kemudian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Selepas belajar di situ, beliau beralih arah ke Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena pada tahun 1970-78 untuk mendalami ilmu agama.Kemudian ke Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam dan seterusnya ke Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Syariah. Selepas itu menyambung pelajaran ke Akademi Islam Univesiti Malaya (UM) dalam jurusan yang sama sehingga memperolehi ijazah.
18 Sebab manusia berani menentang Allah
Sejak akhir-akhir ini, para ulama’ sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).
Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni Syurga.
Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum-Nya.
Sebab Penentangan Manusia terhadap Allah
Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama� berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.
1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.
2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.
3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.
4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.
5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).
7- Tidak mempercayai qada� dan qadar Allah malah mempertikainya.
8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.
9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).
10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.
11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.
12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.
13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.
14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.
15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.
16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.
17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.
18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar.
Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?
Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).
� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.
Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.- Az_
doa elak selasema Babiiiii
Oleh kerana sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti selsema babi, sebaiknya kita umat islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini.
Ini doa nya, di baca tiga kali pada pagi dan petang
بسم الله الرحمن الرحيمتَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang memilik alam gaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi maha mengetahui sesunguh Engkau di atas setiap sesuatu amat berkuasa,
manusia semakin gila..............
manusia semakin gila
mengejar mimpi-mimpi mereka.
manusia semakin gila
menipu diri-diri mereka.
manusia semakin gila
mencari bayang-bayang mereka.
manusia semakin gila
membunuh cita-cita mereka.
manusia semakin gila
melupai janji-janji mereka.
manusia semakin gila
menabur cinta-cinta mereka.
manusia semakin gila
menyetubuhi aqidah mereka.
nukilan b.tan
bapaku seorang yb
Bapakku seorang YB di negara demokrasi..
joget dan zapin dia tahu menari..
hari-hari meeting...
hari-hari outstation..
sampai pagi konon menghargai
kesetiaan parapengundi yang memilihnya di pilihanraya......
Di atas podium di hadapan rakyat..
orang-orang kampung jauh terpencil..
lidah bapaku petah bersilat..
uratnya tegang mata terjegil.......
Bapakku pakar pintar teori mulut berbuih mata..
melilau bersembur serapah segala jampi
orang-orang kampung batuknya hijau..
Kitab sejarah dan hadis Nabi jadi hafalan bapaku..
bestari rakyat maehaen ditaburi janji.........
Tidak siapa tahu bapakku gergaji bermata dua..
sondol sana - sondol sini
dia main tutup mata
orang-orang kampungterlopong dengan mata terbuka.....
Bapakku seorang YB di negara demokrasi..
anak aku bertuah tidak pernah mengundi..
diajarnya aku berotak pintar..
untuk hidup mesti terlebih ajar.....
Oh alangkan bertuah aku anak bapak..
bapakku YB , aku jadi penyangak..
masing-masing putar belit..
masing-masing pintar teori.
.masing-masing isi perut dan tembolok sendiri....
.Bapakku seorang YB di negara demokrasi..-
di parlimen tak habis-habis berkelahi..-
jadi Yb tak habis-habis kena maki.................
Pyanhabib..
11/08/09
Kg Selemak Rembau........
babi ooo babi 2
le ni sebok beno deme dok cite selasema babi diulangi selasema babi no H1N1 ok.sat tadi teman nengok tv rencana temu bual bernama dengan sape ntah citer bab baBI ni apa yang mengejutkan babi babi ini di beri subsidi setiap satu kepala.patut leee syang beno kerajaan kat babi tak de seko pun babi dibunuh walaupun tau haiwan haram ni bahaya kepada rakyat
utk makluman babi ialah haiwan yang paling banyak di ternak di malaysia diulangi paling banyak diternak di malaysia.okkkkk
tak caya baca dan test kilk kat sini
Cuba lihat angka-angka ini. Mengikut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman webnya www.dvs.gov.my bilangan babi di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) pada 2008 ialah sebanyak 1,733,466 ekor; lebih banyak berbanding kerbau 133,381 ekor, lembu (847,757 ekor), kambing (437,805 ekor) dan berbiri 124,749 ekor.
Statistik sembelihan ternakan yang direkodkan oleh jabatan itu pada 2008 pula; babi disembelih sebanyak 1,715,890 ekor, kerbau (11,847 ekor), lembu (102,010 ekor), kambing (15,186 ekor) dan berbiri (4,197 ekor).
Dipendekkan cerita, ekoran betapa pentingnya industri itu, sila baca keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 April 2008 (yang turut dipetik oleh laman web Badan Peguam Malaysia www.malaysianbar.org.com pada 19 April 2008).
sejuta ooo bukan sikit,lembu yang kita makan pun 800 ribuje tu pun tak abis ni babi orang cina kan ramai pun kat negara ni apa hasil negara kita ni import babi kaaaa?
pikir pikir kanlah
1 malaysia ,babi didulukan,rakyat dibiarkan