AnGin TiMuR

di sini jalan ku

AMANAT TOK GURU

AMANAT TOK GURU

Islamic Widget

hukum sapu muka...........(1)

Hukum Mengusap Muka Selepas Solat

Dalil Dari Hadith

Hadits shahih Dari Ibn Sunni Riwayat Anas ra, bahwa Rasul saw bila selesai dari shalat, beliau mengusap wajahnya dengan tangan kanannya, lalu berkata : Asyhadu an Laa ilaah illallahu Arrahmaanurrahiim, Allahumma Idzhib anniy alhammu walhazn (Al Adzkar Imam Nawawi hal.69)

lps solat bukat takat sapu muka pimakan cendol ngn laksa pon bleh..........
Taknak buat sudah jangan pulak kata bid'ah (nih la yang selalu dizikirkan oleh Wahhabi).

p/s: dah tahu benda khilaf, buat apa dibesar-besarkan? Dari dulu lagu tu.. Macam sudah tiada perkara lain yang lebih utama iaitu untuk menyatukan umat Islam agar saling ber
lapang dada dan bertoleransi.

talkin pon bidaah jugak ker????????????

Amalan membaca talqin setelah mayat dikebumikan adalah satu amalan yang diterima sebagai sunnat atau mustahab dalam mazhab Syafi’i. Dan amalan ini telah diamalkan oleh umat Islam di Nusantara ini sejak awal kemasukan Islam lagi, tanpa ada yang mempertikaikannya atau menolaknya. Maka kenapa kini amalan sebegini dijadikan sasaran untuk menghukum orang lain sebagai pelaku bid’ah yang tidak mengikuti sunnah? Jika pun tidak mahu bertalqin, maka sewajarnya berlapang dadalah kerana ianya termasuk dalam bab khilafiyyah pada furu’, di mana dalam mazhab Syafi’i ianya adalah sesuatu yang dihukumkan sebagai sunnat atau mustahab.

Imam an-Nawawi rhm. menulis dalam kitab “Raudhatuth Tholibiin” seperti berikut:-… Dan mustahab hukumnya mentalqinkan mayyit setelah dikebumi. Maka dikatakan: “Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan, dan Allah akan membangkitkan sesiapa sahaja dari kubur. Sesungguhnya engkau telah redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, al-Quran sebagai panutan, ka’bah sebagai qiblat dan kaum mukminin sebagai saudara”.

Telah warid dengannya hadits Junjungan Nabi s.a.w.Selanjutnya Imam an-Nawawi meneruskan lagi:-Inilah talqin yang dihukumkan mustahab oleh perhimpunan daripada sahabat kami (yakni para ulama asy-Syafi’iyyah), antara mereka adalah al-Qadhi Husain, Shohibut Tatimmah, Syaikh Nashr al-Maqdisi dalam kitabnya “at-Tahdzib” dan selain mereka. Qadhi Husain telah menukilkan bahawa secara mutlak di sisi ulama Syafi’i, membaca talqin ini adalah mustahab . Dan adapun hadits yang datang mengenai hukum talqin ini adalah dhoif, akan tetapi hadits-hadits (dhoif) berkaitan keutamaan (fadhoil) adalah tidak mengapa untuk diamalkan di sisi ahli ilmu daripada kalangan muhadditsin dan selain mereka.Dan telah diperkukuhkan hadits mengenai talqin ini dengan kesaksian beberapa hadits yang shohih, seperti hadits :“Mohonlah kepada Allah baginya (yakni bagi si mati) akan ketetapan (yakni ketetapan dalam menjawab fitnah kubur),”dan wasiat Sayyidina ‘Amr bin al-’Aash:“Berdirilah kamu di sisi kuburku (walaupun hanya) selama kadar menyembelih seekor sembelihan dan membahagi-bahagi dagingnya, sehingga aku dapat merasakan ketenangan dengan kalian dan aku mengetahui dengan apa akan aku kembalikan utusan-utusan Tuhanku (yakni Munkar dan Nakir)”, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam shohihnya. Sentiasalah penduduk Kota Syam beramal dengan amalan talqin ini sejak zaman permulaan Islam lagi, iaitu zaman di mana orang-orangnya dijadikan ikutan.Maka berkata para sahabat kami (yakni ulama Syafi’i): ” Dan duduklah orang yang membaca talqin itu di sisi kepala kuburan si mati, dan adapun anak kecil yang belum baligh dan seumpamanya, maka tidaklah ditalqinkan.”Oleh itu, janganlah memandang remeh urusan talqin mayyit setelah dikubur. Ianya adalah amalan yang punya dalil dan asas dalam Mazhab Syafi’i. Bukan hanya kita di Malaysia yang bertalqin zaman berzaman, Imam an-Nawawi rahimahullah telah menyatakan bahawa umat Islam di Kota Syam turut mengamalkannya sejak dahulu lagi.Jauhilah sikap mempersenda-sendakan amalan orang lain, apatah lagi jika ianya yang punya dasar, dan diamalkan oleh para ulama dan awliya’.

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah negeri yang telah mewartakan fatwa berhubung talqin. Di mana dalam Warta Kerajaan Jil. 50 No. 19 bertarikh 11 September 1997 mewartakan fatwa berikut:-
1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati) dan atau selepas dikebumikan.
2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata di sisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W. hingga akhir talqin.
3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -
(a) membid’ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat.
(b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah
dilarang.
(c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa
bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.
4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan.

tahlil oh tahlil bidaahkah ia?

komen penulis tentang amalan kenduri arwah sebagai sesuatu yang bid’ah kerana tak da dalil dari al quran dan dalil nabi SAW

JAWAPAN:

Dalam pernyataan di atas, bid’ah yang tidak disunatkan itu ialah amalan mengumpul orang ramai dan memberi makan kepada mereka. Sememangnya ini perkara yang menyusahkan keluarga si mati.

Adapun perkumpulan orang ramai untuk membaca tahlil, takbir, tasbih dan ayat-ayat al-Quran untuk dihadiahkan kepada si mati tidak disebut pengharamannya. Bahkan perkumpulan untuk berzikir dan membaca al-Quran adalah satu perkara yang sangat dianjurkan dan disokong oleh dalil-dalil umum yang lain.

Pemberian makanan (bukan dari harta warisan si mati) oleh keluarga si mati kepada orang ramai dengan niat bersedekah (dan pahalanya disedekahkan kepada si mati) juga disokong oleh dalil-dalil yang lain.

Maka jelaslah, maksud perkumpulan yang tidak disukai itu adalah dengan tujuan mengumpulkan orang ramai bagi menzahirkan ratapan kepada si mati. Ini dapat dilihat dengan jelas dari ayat yang seterusnya oleh Imam Nawawi di dalam Syarh al-Majmu’ yang berbunyi:

ويستدل بهذا بحديث جرير بن عبد الله رضي الله عنه قال ((كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنيعة الطعام بعد دفنه من النياحة)) رواه أحمد بن حنبل وابن ماجه بإسناد صحيح.

Dalam praktis hari ini, sememangnya anjuran Rasulullah s.a.w. ini dilakukan oleh pihak kerabat dan jiran-jiran dalam bentuk yang berlainan seperti sumbangan kewangan dan penyediaan makanan secara kerjasama di rumah ahli si mati.

Hakikatnya banyak perkara yang berubah dengan perkembangan cara hidup umat Islam, sebagai contoh, para ulama’ terdahulu tidak dibayar upah mereka oleh pihak kerajaan, namun pada hari ini, pendapatan para ustaz kita disediakan oleh pihak kerajaan. Adakah itu sesuatu yang salah? Bukankah di sana ada satu kaedah usuliyyah yang mengakui ‘perubahan hukum dengan perubahan masa dan tempat’ (تغير الأحكام بتغير الأزمان).

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang mengamalkan amalan ini, ada di sana dalil-dalil yang mengharuskan amalan ini. Di antaranya:

1. Ahmad Ibn Muni’ mengeluarkan di dalam Musnadnya daripada al-Ahnaf Bin Qais, berkata: Apabila Sayyidina Umar r.a. telah ditikam beliau memerintahkan Suhaib untuk mengerjakan sembahyang dengan orang ramai selama tiga hari dan beliau meyuruh agar disediakan kepada orang ramai makanan. Isnadnya adalah baik. (Kitab al-Mathalib al-‘Aliyah oleh Ibnu Hajar al-Asqalani Juzu’:1 Ms: 199 No. Hadis: 709).

2. Imam Ahmad mengeluarkan dalam Bab Zuhud daripada Thawus, berkata: (Sesungguhnya orang yang mati itu diuji di dalam kubur selama tujuh hari dan mereka menyukai sekiranya diberikan makanan bagi pihak mereka pada hari-hari tersebut). Isnadnya adalah kuat. (Kitab al-Mathalib al-‘Aliyah oleh Ibnu Hajar al-Asqalani Juzu’:1 Ms: 199 No. Hadis: 710).

wallahu subhanahuwataala a'lam...........

hukum membaca al quran di kubur menurut mazhab syafie......

Menjadi kebiasaan orang kita, apabila menziarahi kubur akan membaca ayat-ayat suci al-Quran, setidak-tidaknya surah al-Fatihah. Dan biasa juga yang duduk seketika di sisi kubur insan tersayang untuk membaca surah Yaasin. Zaman berzaman hal ini dilakukan, dari generasi moyang ke datuk seterusnya ke bapa dan akhirnya ke anak. Tanpa ada tegahan dan larangan atau sindiran daripada mana-mana pihak. Cuma akhir - akhir ini, ada yang membid`ahkan amalan membaca al-Quran di kuburan.

baru baru nie seorang kenalan brtaya tentang membaca alquran dikubur..............menurutnya pensyarah disebuah IPT(bkn kolej islam)menyatakan bidaah KERANA TIADA DALIL
maka suka lah saya mengeluarkan dalil-dalil yang dikeluarkan oleh para ulama........


Untuk pengetahuan, hal ini memang ada khilaf(klu khilaf pon tak tahu payah la), bila ada khilaf terpulang untuk pihak mengikut mana pendapat yang hendak dipegang. Kita di rantau sini yang telah sekian lama mengikut mazhab Syafi`i yang berpegang kepada kesunnahan membaca al-Quran di kuburan. Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menyatakan:-
  • Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabatnya (yakni ulama-ulama mazhab Syafi`i) menyukai (dihukumkan mustahab) agar dibacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (di sisi perkuburan), bahkan mereka menyatakan jika sekiranya dikhatamkan sekalian al-Quran itu adalah baik.

Dalam kitab "ad-Dzakhiratuts-Tsaminah" dinyatakan :-

  • Dan sesungguhnya terdapat riwayat mutawatir bahawasanya Imam asy-Syafi`i telah menziarahi kubur Imam Laits bin Sa`ad dan beliau telah memujinya dengan pujian yang baik dan telah membaca di sisi kuburnya al-Quran sekali khatam. Seterusnya beliau berkata: " Aku berharap agar berterusan perbuatan ini", dan begitulah berterusan perkara tersebut seperti demikian.

Dalam kitab yang sama juga dinyatakan:-

  • Imam al-Khallal telah meriwayatkan Imam asy-Sya'bi sebagai berkata:- "Adalah orang-orang Anshar, jika ada yang meninggal dunia di antara mereka, maka mereka secara bergantian datang ke kuburnya untuk membacakan al-Quran.

Akhir kalam, buat kali ini, insya-Allah, Syaikh Abdur Rahman al-Jaziri dalam kitab "al-Fiqh 'ala Madzahibil Arba`ah" menyatakan:-

  • Dan sewajarnya bagi orang yang menziarahi tanah perkuburan untuk menyibukan dirinya dengan doa dan tadharru` (merendah diri) dan mengambil iktibar dengan orang-orang mati serta membacakan al-Quran untuk si mati. Maka yang sedemikian tadi bermanfaat untuk si mati atas qawl yang asah.

Yang tak nak baca, tok sahlah baca, duduk diam-diam, bertafakkur ke, ikut style Samy Velu ke chua soi lek ker. Kita yang bermazhab Syafi`i, bacalah al-Quran dan diakhiri dengan doa dan istighfar.

wallahuaalam

Ya Allah Rahmatilah Daku

"Ya Allah,sesungguhnya aku menganiayai diri ku dengan aniaya yang banyak,dan tiada ada yang dapat mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau,Maka ampunkanlah aku dengan keampunan dariMu,dan RAHMATI daku"

About this blog

pada bulan oktober ni genap le bulan blog ni beroperasi.teman mengucapakan setinggi penghargaan kepada semua yang sudi melayari blog teman ni

INI JALAN KAMI

INI JALAN KAMI

TOK GURU MEMIMPIN

TOK GURU MEMIMPIN
MALAYSIA BERKAT

hari ini

pukul berape dah?????

mutiara kata

asma ul husna

Hadits Shahih Al Bukhari