Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:
1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah
dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.
5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.
7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.
9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.
10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.
12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.
13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.
AMANAT TOK GURU
Islamic Widget
tip qiamullail
Puasa 6 Syawal Sekali Dengan Qadha’
BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.
Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.
Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)
Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.
Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.
Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.
Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.
Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.
Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.
Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.
Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’
Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.
Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.
Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih).”
Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.
Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.
Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.
bicara adDeen:puasa 6 hadiah kepada umat nabi S.A,W
Ustaz Zainudin Hashim
Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.
Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?
Tepuk dada tanda iman! – mks._
Orang Tua Berhari Raya.
Oleh: MSK
Tahun ni…genap 50 kali aku menyambut Raya Idilfitri. Bila ramai yang berjumpa dan mengucapkan “Selamat Hari Raya, Pak Cik..” baru terasa yang diri dah tua. Tu pasai aku lebih suka jumpa orang tua….baru terasa diri masih muda.
Sejak bapak aku meninggal dunia tahun 1999, setiap tahun aku balik beraya di Pulau Pinang…rumah mertua. Dan dalam jangka masa usia 50 tahun, terlalu banyak yang berubah.
Masa kecik-kecik dulu, bulan puasa merupakan bulan yang ditunggu-tunggu. Dua tiga hari sebelum bulan Ramadan tiba, kami dah bersiap sedia dengan bisnis bulan Ramadan. Tempahan mula diambil dari rumah kerumah…sapa nak beli ais. Dah dapat jumlah pesanan, pergi pulak ke pekan Tapah jumpa towkey ais, buat tempahan. Siap beli serbuk kayu, cari tong kayu di pasar Tapah untuk mengangkut ais.
Setiap petang, kayuh basikal sejauh lapan kilometer…pergi balik 16 kilometer. Untuk mencari untung sebanyak seringgit. Kadang-kadang hujan, ais tak laku. Cukup sebulan raya…tolak-sana tolak sini, boleh dapat dua puluh ringgit. Dah besar!!!
Harga ais cuma sekupang seketul…tu pun ada yang berhutang. Ada yang hutang tak bayar…tu yang memang jenis kaki kedekut. Tapi bila tiba musim buah, giliran kami pulak sapu durian depa. Bila tiba Raya..minta ampun, minta maaf. Minta halalkan yang ‘termakan, terminum, terambil..” Semua selesai.
Minggu pertama puasa dah mula sibuk. Cari buluh untuk buat meriam. Cari kabaid untuk buat peluru. Tak perlu beli mercun..tak payah keluar duit. Dan bila main meriam, ada guru yang mengajar. Buluh kena ikat dengan dawai. Kayu pencucuh kena tahu berapa panjang. Semuanya dipelajari dengan sistematik. Tak dengar pun budak-budak mati kena meriam buluh. Tak dengar pun budak-budak putus jari kerana mercun.
Minggu kedua dan ketiga,dah ada program waktu malam. Main police-sentry, main kombat. Orang tua pergi terawih, budak-budak bermain.
Minggu keempat, adalah minggu yang paling seronok. Tunggu malam tujuh likur, tunggu Lailatul Qadar, pasang panjut buluh atau bakar tempurung.
Semua tu dah tak ada sekarang. sapa yang buat, akan dianggap tak hormat bulan Ramadan. Tak reti ugama. Sekarang, bulan Ramadan disuruh beribadat. Disuruh mengaji banyak-banyak.
Tetapi lagi kuat disuruh beribadat…ingat pada Tuhan, macam-macam pulak jadinya.
Seminggu sebelum puasa, orang tua berebut tempat bazar Ramadan. Ada yang ambil kesempatan cari untung dengan mengadakan bazar Ramadan. Ada yang sampai berdemo bila tak dapat ruang niaga bazar Ramadan. Anak-anak duduk rumah main komputer…main handphone. Mak bapak berebut cari duit, anak-anak duduk rumah menghabiskan duit.
Minggu pertama, mak bapak dok sibuk berniaga. Yang tak berniaga, sibuk berbelanja. Nak berbuka puasa sekarang, satu keluarga tiga anak memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh ringgit, hanya untuk berbuka puasa. Tengok saja dibazar Ramadan, jutaan ringgit dibelanjakan diseluruh negara sehari. Puasa untuk menahan lapar dan dahaga, tapi sekarang…bulan Ramadan adalah bulan untuk menjamu selera.
Minggu pertama, masjid selalu penuh dengan jemaah berterawih. Kalau hari biasa, sembahyang Maghrib dan Isya cuma ada dua saf, tapi bulan puasa…sampai 5-6 saf. Yang wajib..tak penting. Yang sunat diutamakan. Dan waktu berbuka dan solat terawih sekarang sudah jadi bahan politik. Kalau dulu masjid dipenuhi dengan jemaah tabligh, sekarang ada rombongan orang politik.
Kat masjid ditempat aku…bila orang Pas jadi Imam, orang Umno lari masjid lain. Bila orang Umno jadi Imam, orang Pas lari sembahyang kat markas. Tak tau la…bila orang Islam boleh matang dalam politik. Orang tua sibuk berpolitik, anak-anak lepak kat bus-stop…ataupun duduk rumah main komputer.
Minggu kedua dah mula tempah baju. Ada yang menghabiskan masa di Tesco, Giant, Parkson.
Minggu ketiga dah sibuk buat kuih. Tukar langsir. Tukar kusyen.
Minggu keempat sibuk shopping.
Bila tiba Raya…sibuk buat rumah terbuka.
Budak-budak buat apa? Tak dak buat apa-apa.
Nak jual ais…tak ada sapa yang perlukan. Nak cari buluh buat meriam…dah diharamkan. Nak cari buluh atau tempurung buat panjut, sudah dianggap syirik. Nak main malam-malam, kena marah orang tua.
Kesian budak-budak sekarang. Yang dimahukan orang-orang tua….belajar. Hafal sapa pejuang kemerdekaan. Hafal simpulan bahasa. Hafal karangan yang mungkin keluar dalam periksa. Pagi pergi sekolah, petang pergi sekolah ugama rakyat, malam pergi tuisyen.
Sejak dua puluh tahun lalu, setiap kali Raya…aku balik kampung rumah isteri aku. Tapi sekarang kampung dah tak ada…dikeliling penuh dengan kondo, hotel dan apartment.
Tak ada bunyi meriam buluh. Tak ada lampu panjut. Serba serbinya metropolis.
Hari ini, lepas sembahyang Raya, aku duduk dirumah. Yang datang hanya budak-budak. Bagi salam, ucap Selamat Hari Raya…minta duit Raya. Ajak minum tak mau, ajak makan tak mau….nak duit Raya saja. Dapat duit terus belah….tak dapat duit, depa kata kita kedekut!!!
Aku tak pernah bagi duit raya kat sapa-sapa pun. Kalau nak duit raya…cari sendiri. Dari kecik aku diajar jangan meminta tapi cari sendiri. Sekarang…anak-anak diajar meminta ..bukan diajar mencari sendiri.
Dan Hari Raya semakin lama semakin sunyi. Tak ada kawan nak lepak kedai kopi. Cuma sibuk melayan SMS pengganti diri.
Yang semakin meriah ialah Pilihanraya.
rayeee
selamat hari raya buat semua pelayar laman blog teman......................
teman mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa isu hangat dalam blog teman ni teman mohoon maaaffffffffff seribu kemaaffffaaan................................
6 keburukan kenyang
Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata bahawa sesiapa yang kenyang maka masuklah pada dirinya 6 macam bahaya :
1. Kehilangan rasa manisnya bermunajat kepada Allah
2. Kehalusan memelihara hikmat ( bertindak gopoh-gapah tanpa bijaksana)
3. Terhalang rasa kasih sayang kepada makhluk lain kerana bila kenyang maka lupa pada orang lapar
4. Berat dan malas untuk berbuat ibadat kepada Allah
5. Bertambah keinginan nafsu
6. Orang mukmin sebenar mengelilingi masjid manakala orang kenyang mengelilingi tandas
6 Kewajipan Terhadap al-Quran
Sekiranya kita mahu menjadi hamba Allah yang sayang serta menghayati al-Quran maka kita wajib tunai 6 kewajipan kita terhadap al-Quran barulah kita mampu bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat iaitu :
Pertamanya kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai.
Keduanya kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya.
Ketiganya kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau yang termampu oleh kita.
Keempatnya kita mesti membaca al-Quran sehingga dapat mengamalnya dalam kehidupan seharian.
Kelimanya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan.
Keenamnya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu didaulatkan
teman:kalau setakat tadarus khatam asal khatam tadarus isi al quran apoh dak tau yang tau pulu kain pelekat je time tadarus baik duk rumah tidooooooo sebab kome takat bace tajwid melayang cara bace abih haup baik tak payah malam tadarus esok mencarut.malam tadarus esok lepas puasa pakai seluar pendek,pegang perempuan apa ertinya ayat al quran yang kome baceee
pikir pikir kan
5 Kelebihan Umat Bertaqwa
Makna Taqwa
Hadis Ibnu Abbas : Taqwa ialah mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya, bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya (riwayat imam Bukhari)
Ciri-ciri Taqwa
4 ciri utama taqwa sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :
التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ
Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara,
[2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit,
[3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran
[4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi
Kelebihan Taqwa
Melalui pemahaman 5 ayat awal surah at-Talak
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
[1] Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
[2]Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا (4)
[3] Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا
[4] sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya,
[5] dan akan membesarkan pahala balasannya
umno ohh umno
ni bukan teman yang tulis teman copy and paste dari blog orang jeeee baca baru komen okkk
“Kebelakangan ini, usaha-usaha pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam berterusan. Usaha ini dipelopori oleh golongan bukan Islam khususnya Kristian.Ini tidak pelik kerana seorang penganut Kristian yang komited dengan agamanya tentulah ingin mengembangkan ajaran agama yang dianutinya. Apa yang pelik ialah wujudnya anasir-anasir dalam UMNO dan NGO-NGO yang bersekongkol dengan golongan ini.Artikel ini membentangkan secara ilmiah 6 kaitan terperinci puak-puak ini agar kita peka dengan masalah murtad yang semakin menjadi-jadi, khususnya sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Apabila ada ahli UMNO yang membicarakan soal murtad, eloklah kita sergahkan hujah-hujah ini didepan mukanya.
1. MENGHALANG HUKUMAN KE ATAS GOLONGAN MURTAD
Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan yang jelas dalam isu murtad. Selepas diberi penerangan dan penjelasan dalam satu tempoh jangka masa, hukuman perlu dikenakan ke atas golongan riddah atau golongan murtad ini. Majoriti ulamak berfatwa hukuman mati boleh dikenakan.Di Malaysia, UMNO dan Sister in Islam merupakan golongan yang paling kuat menentang syariah Islam. Ini secara langsung menyumbang kepada gejala murtad.
2. KEMPEN MEDIA UMNO UNTUK BURUKKAN ISLAM
Dalam keghairahan UMNO menyerang PAS, UMNO mengambil keputusan menyerang sama syariah Islam yang diperjuangkan PAS. Kesannya, media UMNO selalu memainkan isu-isu yang memburukkan agama Islam khususnya Shariah Islam dengan harapan dapat menjejaskan imej PAS. Ini secara langsung membuatkan golongan muda-mudi yang kurang pegangan agama menjadi benci kepada Islam.
3. UMNO HALANG USAHA DAKWAH
Contoh termudah ialah universiti yang dibawah telunjuk UMNO seperti Uitm di bawah Misai Lebat menghalang apa-apa aktiviti usrah dan perbincangan agama dikalangan pelajar. Pada masa yang sama, pelajar diperlakukan seperti lembu yang dicucuk hidung apabila digunakan oleh UMNO untuk berdomstrasi. Usaha menghalang dakwah ini melemahkan lagi peganagn agama mereka.Suatu contoh mudah. Sewaktu kelas berhubung faraid, seorang pensyarah Uitm membaca ayat Quran lalu menjelaskan bahawa bahagian anak lelaki dua bahagian dari bahagian anak perempuan (dalam harta pusaka). Pelajar-pelajar perempuan lantas bangun lalu mengatakan ayat ini tidak adil. Inilah contoh kejahilan pelajar Uitm yang jahil agama dek kerana UMNO..
4. UMNO membudayakan maki hamun Ulamak
UMNO membudayakan memaki hamun ulamak. Ulamak merupakan golongan pewaris Nabi yang memperjuangkan syiat Islam. Rata-rata ahli UMNO yang saya kenal amat benci kepada para ulamak kerana padqa mereka, ulamak merupakan golongan politik. Mereka lupa bahawa Rasullullah SAW dan para sahabat Nabi juga merupakan pemimpin negara. Ahli UMNo asyik dengan khayalan mereka hendak memisahkan Islam dari kehidupan dan politik. Ini membuatkan golongan muda menjauhi masjid dan ulamak dan akhrinya mudah murtad.
5. BUNUH/ISA ULAMA'
Contoh ulamak yang terbunuh ialah Ustaz Ibrahim Libya. Ustaz-ustaz yang cuba membantu umat ISlam yang disembelih oleh orang-orang Kristian di Ambon dahulu juga telah di ISA kan oleh UMNO. Mujurlah sebahagian telah dibebaskan.
6. MENGHALANG USAHAWAN ISLAM
Untuk menarik minat orang Islam kepada Kristian, golongan missionary telah mengeluarkan dana yang banyak. Sebahagian besar datang dari usahawan Kristian. Golongan usahawa Islam Melayu pro-PAS pula dihalang dan dilanyak perniagaan mereka oleh UMNO dan akhrinya usahawan Islam kekurangan dana untuk berdakwah. Contoh termudah ialah usaha UMNO menggunakan barua-barua mereka di dalam Biro Tatanegara yang memberi amaran kepada golongan professional tajaan kerajaan untuk tidak memberi sebarang ruang kepada usahawan Melayu pro-PAS agar lingkup bisnes mereka..Harussani yang dahulunya cukup lantang menentang gejala murtad sudah menyepi sejak berkasih sayang dengan UMNO balik.
Entahlah dunia..
Sumbangan - Anonymous August 31, 2009 5:41 PM
DUN kota siputih tak kosong
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh, Kedah dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.Oleh itu ia kekal milik Barisan Nasional (BN).Ia diputuskan pada mesyuarat khas selama empat jam yang diadakan sejak 10 pagi tadi.Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif dari UMNO/BN – digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali Sidang DUN tanpa kebenaran Speaker.Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.
TPU - dah agak dah... lepas ni PUNAHsihat Undang-Undang & juga Jabatan Peguam negara pun akan buat keputusan yang sama... tiada kekosongan Kerusi DUN Kota Seputih...Selepas Perlembagaan Perak Dicabul, tiba giliran untuk Mencabul Perlembagaan Negeri Kedah Pula...
1Malaysia -
Rakyat DiHULUkan, PenCABULan DiuTAMAKan...
laporan dari blog perisik rakyat