AMANAT TOK GURU
Islamic Widget
carilah selan dari AKU
cemerlang dunia jahanam akhirat
dari blog ustaz halim nasir
Rasulullah saw telah brsabda (mafhum):
`Tidak akan masuk neraka seseorang yg menangis kerana takut kpd ALLAH, sehingga susu itu dapat kembali ke lampungnya (menunjukkan satu perkara yg mustahil). Tidak akan berkumpullah debu fi sabilillah itu dgn asap neraka jahannam.'(MUSLIM DARI ABU HURAIRAH R.H.)
Berapa banyak dah air mata kita tumpah kerana menangisi dosa-dosa yg lampau?Berapa banyak pula yg dialirkan kerana mengenangkan betapa banyaknya ni'mat ALLAH k atas kita, tetapi terlalu sedikit amalan yg dipersembahkan kpd ALLAH?
Hari ini ramai ibu-bapa yg menangis gembira atas keputusan cemerlang anak-anak mereka di dalam PMR. Tahniah diucapkan. Segala penat-lelah berbaloi dgn keputusan yg diterima.
Jangan pula nanti ibu-bapa menangis di akhirat kerana anak cemerlang di dunia sahaja.Solatnya diabaikan. Tak pernah diambil peduli oleh ibu-bapanya.Penjagaan 'auratnya pun tak diambil kisah.
Anak zaman sekarang, biarlah mengenal fesyen-fesyen terkini!Pakai seluar jeans, t-shirt lengan pendek, tudung ala-ala Sophia Loren....... Biarlah, anak zaman internet. 1 Malaysia!Dia nak bawak balik rumah jantan mana pun tak kisah. Ini zaman Brad Pitt, Tom Cruise.
Bukan zaman Nordin Ahmad dalam Film Semerah Padi.Nanti jantan tu usung dia ke sana ke mari. Penyudahnya, anak dara pun usung perut yg sudah berisi. Itu yg akhbar dedahkan - Hari ni aqad nikah, esok beranak!
ulasan teman
teman setuju bebeno apa yang enta cakap ya ustaz mabruk ya ustaz.
betul bukan ibu bapa je nak diberi ingat anak anak pun kene banyak beringat ingat nak ngaji ke oversea ke ape ke pegi la tapi agama biar kukuh jangan takat tau sembahyang puasa zakat haji dah ok dah.takkk tak cukup lagi,asas hukum hyakam kene ada baru selamat,bila takde asas hukum hakam,tu sampai yang ada kata
"walaupun I buka aurat tapi solat,puasa,zakat,haji I buat tau"
tu name dia bengong tujuh keturun,sebab buka aurat tu dose kecik habis semua amalan pahala yang kite buat kene hapus.
fikir fikir kan kawan
kome kenal tak??
assalamuaikum....................memandangkan kite semua dah abis sekolah teman teringat kat dua orang kawan teman ni kata orang putih loss conntact kate nyerrrrrr
sape deme yang teman cari?
1.zulqarnain zainal bahrain
-sk bendang kering(1999-2004)
-smk sayong (2005)tak silap aku)pastu pegi sarawak
2.atiqah ridzuan(anak angkat mante mentor ciku fadzilah)
-sk bendang kering(2003-2004)
-smk raja perempuan kalsom(2005-?????)
kalau kome kenai bagi tau kat ulasan bawah blog aku
kerjasama kome amat diharap kan
pengumuman
aku nak beritau seluruh pembaca blog aku.mengkome dah boleh bagi ulasan apa kome nak kate kate nak maki ke?,beri cadangan ke?ape keeeeeeeeee tulis le teman sedia men dengarrrrr
editor
MINDA KITE
AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.
Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.
UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.
Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.
DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.
Apabila AJK Masjid Dipilih Kerana Kuat Umno inilah jadinya! Rakyat jadi mati.
umno memang tak layak jadi ajk because deme maleh datang masjid,aku tak kata semua orang PR rajin berjamaah di masjid tapi hakikatnye kalau masjid tu ada 100 orang jamaah 5 waktu solat aku berani cakap orang PR 70-90 orang b-end 30-10 je.ada patut ke orng umno jadi ajk masjid?bukan setakat ajk masjid tapi jkkk kampung pun tak layak.
ni statement YDP PAS Bukit Gantang
"Pas Kawasan Bukit Gantang membantah campurtangan UMNO dalam menentukan Ahli Jawatankuasa Masjid. Bagi PAS Bukit Gantang, UMNO telah menderhaka kepada DYTM Raja Muda Perak."Jika yang dipilih itu langsung tidak pergi masjid,bagaimana mereka ingin makmurkan masjid"kata Ustaz Nordin Jaafar,YDP Bukit Gantang.Beliau memberi contoh Masjid Kg Air Kuning,Taiping dalam DUN Changkat Jering yang PengerusiMasjid tidak pergi bersolat jamaah pada kebanyakan waktu solat jamaah."Apabila melantik mereka yang bukan ahlinya jadilah pelbagai bala Tuhan,seperti penyalahgunaan dadah,pecah rumah dan kes sumbang mahram"kata Ustaz Nordin lagi.Sementara itu menurut Sdr Zainuddin Hamzah Pegawai Khas DS Nizar menyatakan seorang bekas ketua kampung,bekas ketua Umno Cawangan yang juga bekas pengerusi Masjid di Trong baru-baru ini ditangkap kerana disyaki berkesedudukan dengan adik ipar sendiri."Inilah hasil tarbiyyah UMNO selama 50 tahun yang berjaya menjadikan bekas pengerusi masjid ditangkap kerana berdua-duaan dalam sebuah bilik"kata Ketua Penerangan Pas Bukit Gantang. "Inilah contoh apabila melantik mereka yang bukan kaki masjid untuk jadi pengerusi"kata Ketua Penerangan Pas Bukit Gantang. Umno memang sengaja mempengaruhi Pejabat Agama Daerah dan Penghulu untuk melantik mereka yang bukan ahlinya untuk menyebabkan masjid menjadi mati dan tidak diimarahkan.Mereka sengaja mahu rakyat tidak celik dan tidak mahu masjid menjadi tempat mengubah minda rakyat.Kebanyakan mereka yang layak menjadi Ahli Jawatankuasa Masjid ialah orang PAS atau ahli PAS."
terbukti ape yang aku tulis kat ataskannnnnnnnnnnnnn...............................
anwar ibrahim & syeikh yusuf al qardawi
gambar ni aku dapat dari blog lain,ngape anwar yang datang bukan najib?sebabnye najib tak paham @ tak tahu bahasa arab huhu
maaf yob maaf
maaf beribu kali maaf dah lama tak update blog ni.maklum le baru lepas merdeka............huhu skang teman bukan budak sekolah dah teman dah boleh join brother teman dan kawan kawan teman yang dah abis periksa.di kesempatan ini teman nak ucap selamat keluar dari sangkar?kandang?atau ape ape jelah buat kawan 2 yang keluar dari asrama setelah dikurung hampir 5 tahun.
ape perancangan lepas spm?
ade yang dah dapat keje kat R&R,petrol pam,kedai kain wah siah,sakan,dan lain lain.yang kene pegi plkn huhu 2hb ni selamt pegi training la broo......teman nak gi sambung belajo rase bodo lagi diri ni.....ada sape sape nak join?????????
apa ada pada slogan
"MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA"
apa ada pada pada slogan?????????????
slogan ini aku tebaca kat sebuah web sekolah berasrama penuh yang nak melahirkan pelajar yang memimpin negara bertaraf dunia
boleh ke????????????
kalau asas agama takat tau baca quran,jawi sikit sikit dah cukup ke..........sebahyang tanya rukun pun berteraburmacam mana nak memimpin tu le yang lahir pemimpin kaki disko,kaki dangdut,kaki botol,kaki judi dan macam macam kakibaik pi amik kos kulinery masak lagi bagus betul tak amer??????????????
nak jadi pemimpin mesti tau asas kepimpinan cara islambaru mantap weh......................
bukan setakat selangkah ke oversea je......................
ilmu dunia pun nak tapi ilmu akhirat kena mantap baru boleh bawak merintah negara baru boleh jai pemimpin bertaraf dunia
seperti salahuddin al ayubi hafal quran,ilmu agama hebat,pemimpin kerajaan mesir yang agung,takluk baitulmuqadis.baru dasyat
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
salam salam
sekarang ni macam macam salam
salam satu malaysia..................................
salam pendidikan..................................(asis punye)
salam hadari...........................
tapi semue salam ni tak bawak makne ape pun..............................................
buang mase je
kan islam dah ajar kite
ASSALAMUALIKUM WARAH MATULLAHIWABARAKATUH
salam sejahtera ketas mu
doa tu,
salam satu malaysiaape makne nye tak de makne......................
pikir-pikirkan lah
khutbah jumaat
Marilah kita menyedari bahawa antara sebab tersebarnya kemungkaran, jenayah serta maksiat adalah memandang ringan dalam perkara agama Islam. Allah telah memberi amaran dalam al-Quran (maksudnya): Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (at-Taubah: 122)Ini menunjukkan bahawa memahami ajaran agama Islam itu adalah perkara yang wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan. Wajib ke atas setiap umat Islam memahami perkara dasar dalam agama Islam. Mereka juga perlu mengetahui perkara Islam serta apa yang boleh membatalkan iman serta Islam. Juga dalam perkara ibadat agar ibadat yang dijalankan itu diterima Allah, bukannya melakukan ibadat secara jahil.Perkara ini adalah menjadi fardu ain ke atas umat Islam mempercayainya. Manakala dalam perkara fardu kifayah adalah hendaklah ada umat Islam yang memahami perkara agama secara mendalam supaya rujukan dalam perkara agama oleh masyarakat. Perkara ini termasuk dalam soal menjaga agama kerana agama adalah perkara yang lebih penting dalam hal-hal yang lain dalam kehidupan.Ahli ilmu sosiologi berpendapat bahawa rukun kehidupan manusia itu adalah memelihara agama, nyawa, akal fikiran, maruah diri dan keturunan serta memelihara harta benda. Semua perkara itu adalah wajib dan menjadi rukun dalam kehidupan manusia, tetapi memelihara agama adalah perkara yang pertama, kerana agamalah yang menentukan baik buruknya kita dalam kehidupan ini.Tanggungjawab memelihara agama adalah tanggungjawab yang menyeluruh. Iaitu kepada semua termasuk diri sendiri, pemimpin masyarakat dan pemimpim negara. Seluruh pihak perlu menjaga agama agar seluruh kehidupan ini tidak boleh dipisahkan daripada agama.Imam al-Ghazali telah menyebut dengan tegas (maksudnya) agama itu asas bagi kehidupan manusia, manakala kekuasaan atau pemerintah merupakan pengawas, kalau tidak ada asas akan runtuh manakala jika tiada pengawas maka sia-sia.Hari ini agama diperkecilkan, dipandang ringan serta dikira sebagai remeh-temeh. Maka kehidupan manusia menjadi runtuh dan musnah. Ramai di kalangan anggota masyarakat tenggelam di dalam kemungkaran dan maksiat.Pada masa yang sama apabila orang-orang yang memerintah tidak berasaskan kepada agama, maka pemerintahan menjadi sia-sia. Pemerintah tidak boleh menjadi pengawas dalam kehidupan manusia sebaliknya lebih ramai menjadi pengkhianat dan merosakkan masyarakat.Itulah padahnya apabila kita memperkecilkan urusan agama Islam, yang memberi kemuliaan kepada umat Islam ialah ajaran agama Islam. Islam telah memuliakan bangsa Arab yang buta huruf. Setelah mereka menganut Islam, mereka dapat memimpin dunia. Banyak bangsa-bangsa dalam dunia yang menganut ajaran Islam serta berpegang dengan Islam menjadi bangsa yang kuat serta mempimpim umat Islam.Digantikan kaum lainAllah SWT menjadikan pemimpin umat Islam silih berganti di kalangan bangsa yang menganut Islam dan kuat berpengang dengan agama Islam. Firman Allah SWT (maksudnya): Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Taubah: 39)Allah SWT meyeksa umat Islam dengan adanya bangsa dan kumpulan yang lain yang menganut agama Islam dan mempelajari agama Islam dan berpegang dengan ajaran Islam. Setelah bangsa Arab lemah dalam pengangannya dalam agama Islam Allah SWT menggantikan dengan bangsa Kurdis kemudiannya Tukri. Begitulah seterusnya.Percayalah bahawa al-Quran adalah petunjuk dan mukjizat yang berterusan sehingga kiamat. Kedudukan agama Islam ini diketahui dan dikaji oleh musuh-musuh Islam yang membuat perancangan untuk menentangnya dan bukan untuk beriman. Seorang Perdana Menteri British menyatakan bahawa selagi orang Islam berpegang dengan kitab ini iaitu al-Quran selama itulah kuasa-kuasa Barat tidak boleh menguasai dan merendah-rendahkan orang Islam.Malah mereka berusaha supaya orang Islam meninggalkan agama mereka. Walaupun tidak beriman dengan agama Islam tetapi sekurang-kurangnya tidak beramal dengan ajaran agama mereka. Oleh kerana itu agenda dan perancangan untuk menjauhkan orang Islam daripada agama berlaku sehingga kini. Termasuk dalam program globalisasi yang dilakukan oleh Barat yang menganggap umat Islam sebagai pencabar dan penghalang, mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan perancangan untuk mengurangkan sekolah-sekolah agama, mengawal ajaran Islam, khutbah Jumaat, kuliah agama di masjid adalah antara agenda penjajah musuh-musuh Islam. Semua ini dilakukan oleh penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam yang dilahirkan di kalangan umat Islam sendiri.Sabda Rasulullah s.a.w.(maksudnya) : Akan ada penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam, barang siapa yang mengikutnya, maka dia akan dicampak sama ke neraka jahanam. Apabila Huzaifah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. supaya menjelaskan siapa mereka. Rasulullah s.a.w. menyatakan mereka adalah daripada golongan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu.Oleh kerana itu wajib kita mempertahankan agama Islam walaupun dalam keadaan kita mencari kehidupan di dunia ini, kerana yang memandu kepada kemajuan dunia adalah agama Islam. Kemajuan yang tidak berpandukan kepada al-Quran hanya akan menjadi sebagai jalan dan lebuh raya untuk menuju ke neraka jahanam.Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)
aurat dan aurat
siapa golongan bertudung tapi bertelanjang?
ni dia golongannya
-pakai tudung tapi lengan terbuka
-pakai tudung tapi kain terbelah
-pakai tudung tapi pakai seluar jens ketat
-tak pakai tudung langsung jangan kira
-pakai tudung tapi pakai kebaya ketat
-pakai tudung tapi bentuk buah dada nampak(tudung singkat)
-pakai tudung tapi baju lengan pendek.
siapa pakai seluar tapi bertelanjang
-orang lelaki pakai selaur pendekkkkk
adakah kita mampu berkata apabila dibawa kehadapan allah di hari kiamat kelak
"ya Allah akulah orng yang benar benar mengamalkan islam agama yang diredai-MU"?
tu tak kira buat anaya kat orang lagi tu baru aurat jee
kalau citer bab curi rompak samun apa macam benda tak kira lagi tuuuuuuuu...
fikir fikir kan la
islam itu mudah
“ Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu bertanyakan (kepadanabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akanmenyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkanAl-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu)dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan diDalam Al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”HURAIANIslam adalah agama yang mudah. Mudah dalam erti kata dapat dilaksanakandi semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrahkejadian manusia. Oleh kerana Islam adalah agama yang mudah, maka tidaksewajarnya diperberatkan dan dipersulitkan dengan sikap sukamempersoalkan dan mempertikaikan suruhan dan larangan Allah S..W.T.Selain menghalang sesuatu perintah itu dilaksanakan dengan sempurna, iajuga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara yang tidaksepatutnya berlaku. Allah S.W.T tidak membebankan hamba-Nyamelaksanakan sesuatu amalan baik kecuali sekadar kemampuan mereka.
KESIMPULAN
Islam adalah agama yamg mudah dan praktikal. Memberatkan perkara yangmudah sehingga melampaui batas kemampuan manusia hendaklah dijauhi.Islam tidak menyusahkan umatnya sebaliknya manusia menyusahkan dirimereka.
ilmu jadikan kita takut kepada allah
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
orang beriman yang puasa tidak akan melakukan perkara yang membatalkan amalan itu sama ada semasa bersendirian atau di hadapan orang lain. - Gambar hiasan
Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.
Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.
Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?
Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (al-Faatir: 28)
Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.
Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.
Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.
Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.
Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".
Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.
Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.
Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".
Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".
Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".
Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".
Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".
Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.
Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.
Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".
Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".
Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".
Allah SWT berfirman (maksudnya): Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum: 7)
Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)
Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".
Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.
Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.
Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.
Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.
Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".
3 jenis bapa
Pastikan kaum lelaki menjadi bapa yang baik kerana bapa terbahagi kepada tiga jenis iaitu
[1] bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، وَالأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسٌ عِنْدَهُ ، فَقَالَ الأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ إِنْسَانًا قَطُّ ، قَالَ : فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : إِنَّ مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ ” ، رَوَاهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ ، وَأَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ من وجه آخر
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah ra, “bahawa Rasulullah saw telah mencium al-Hasan bin Ali sedangkan al-Aqra’ bin Habis Al-Tamimi duduk bersamanya lalu Aqra’ bin Habis berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh dari anak laki-laki namun aku tidak pernah mencium mereka walau pun seorang. Lalu Rasulullah saw saw, bersabda: Sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi “
[2] bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas dan sebagainya
عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ أَبَدًا : الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ، وَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ، وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ ” . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَمَّا مُدْمِنُ الْخَمْرِ فَقَدْ عَرَفْنَاهُ ، فَمَا الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ؟ قَالَ : ” الَّذِي لا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ ” . قُلْنَا : فَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ؟ ، قَالَ : ” الَّتِي تَشَّبَّهُ بِالرِّجَالِ – رواه البيهقي
Maksudnya : Daripada Ammar bin Yasir daripada Rasulullah, saw, bersabda: “Tiga orang tidak akan masuk Syurga selamanya iaitu laki-laki dayus, perempuan bersifat lelaki dan peminum arak.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah, peminum arak itu kami tahu, Siapakah laki-laki dayus? Baginda bersabda: “Orang yang tidak peduli siapa yang masuk bergaul bebas dengan ahli keluarganya.” Kami bertanya lagi: Siapa perempuan bersifat lelaki ? Baginda bersabda: “perempuan yang menyerupai lelaki”.
Kita begitu gerun dengan suatu kajian seorang bekas pensyarah UKM yang dibuat 2 dekad yang lalu yang menunjukkan bagaimana 2 daripada 3 pelajar sekolah pernah berzina dan apa yang lebih malang kebanyakan mereka berzina dalam rumah sendiri bukannya di luar. Begitu juga dengan laporan daripada sumber Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008 di mana terdapat seramai 83,701 orang anak-anak yang dilahir tanpa nikah. Dalam tempoh yang sama juga seramai 72,043 orang anak-anak yang lahir itu diragui status perkahwinan ibubapa mereka samada mereka pernah berzina sebelum bernikah atau menikah tanpa wali yang sah
[3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi :
: خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ – رواه الطبراني
Maksudnya : Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku
Memahami keperluan mazhab – Siri 1
Abdul Latif Rahbar
Segala puji bagi Allah ta’ala Pencipta syariah yang sempurna. Salawat dan Salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. yang telah menyampaikan syariah tersebut sebaik-baiknya.Juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda s.a.w. yang mempraktikkannya kepada ummah yang datang kemudiannya. Dan ke atas imam-imam mujtahidin yang telah banyak berkorban dalam memimpin ummah ini dalam memahami syariah yang sempurna ini.
Pembaca yang dimuliakan, dewasa ini kita sering mendengar slogan-slogan yang memanggil kita ke arah pemahaman al-Quran dan Sunnah yang sebenar. Malah ramai di kalangan ahli-ahli akademik sendiri yang menyarankan agar kita mengkaji sendiri sedalam-dalamnya kedua-dua sumber asal syariah kita yang mulia.
Sehinggakan ada di kalangan mereka yang menyatakan bahawa al-Quran dan Sunnah adalah pedoman utama, dan tidak perlu kita bergantung atau mengikut mana-mana mazhab kerana tiada arahan spesifik daripada Baginda s.a.w. supaya kita perlu mengikut individu-individu yang tertentu dalam menghidupkan agama dalam diri kita.
Inilah slogan yang selalu kita dengar akhir-akhir ini, apabila ramai pihak melaung-laungkannya sambil menganggap bahawa bermazhab tidak akan membawa kita kepada kemajuan dan akan meninggalkan kita di bawah tempurung yang amat kecil.
Lalu mereka memberikan keizinan umum kepada semua pihak tidak kira golongan terpelajar atau tidak untuk mengeluarkan pendapat atau melakukan sesuatu amalan asalkan sumber yang didapati benar-benar sahih walaupun pendapat tersebut terang-terang berlawanan dengan pendapat yang telahpun dikeluarkan oleh imam-imam mujtahid yang datang beribu tahun sebelum kita.
Ada juga dalam kalangan mereka yang mengatakan bahawa terdapat pendapat imam tidak mengikut apa yang dinyatakan dalam hadis sahih, oleh itu tidak perlu kita mengamalkannya kerana kita hanya memerlukan sumber yang kuat sahaja dalam agama kita.
Lalu mereka menolak tarawih 20 rakaat, doa qunut pada waktu subuh, bacaan al-Fatihah di belakang imam dan pembatalan wuduk apabila tersentuh dengan wanita kerana pada “kajian” mereka amalan-amalan ini tidak bersandarkan kepada hadis-hadis yang sahih.
Benarkah begitu?
Pertama sekali perlu difahami bahawa untuk mengeluarkan sesuatu pendapat dalam bidang agama kita perlulah mengetahui A-Z bidang tersebut dan mestilah diiktiraf keilmuan kita mengenainya.
Perbuatan mengeluarkan pendapat tanpa ilmu yang diiktiraf adalah salah walaupun pendapat yang dikeluarkan adalah betul.
Sebaliknya, sekiranya seseorang itu sudah diiktiraf mencapai tahap yang mana dia mampu mengeluarkan pendapat berdasarkan sumber agama, lalu dia berfatwa atau berijtihad mengenai sesuatu perkara, maka dia tetap akan mendapat ganjaran walaupun ada kemungkinan untuknya mengeluarkan pendapat yang tidak tepat dalam perkara tersebut.
Seorang yang tidak mempunyai lesen perubatan sekiranya cuba merawat pesakit adalah dikira bersalah walau sehebat manapun ilmunya dalam bidang perubatan. Sekiranya untuk perubatan jasmani kita terlalu berhati-hati, apatah lagi bidang perubatan rohani?
Perlu diingatkan bahawa yang boleh mengiktiraf seseorang untuk menncapai taraf mujtahid hanyalah golongan-golongan yangg sudah mencapai tahap yang sama. Hanya pakar perubatan boleh mengiktiraf sama ada seorang pelajar perubatan sudah layak untuk merawat pesakit atau sebaliknya.
Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dari Jabir r.a. bahawa: “Satu ketika kami telah melakukan pengembaraan lalu salah seorang dari kami telah terkena batu lalu terlukalah kepalanya. Pada malamnya dia telah berihtilam (mimpi basah) lalu dia bertanya kepada teman-temannya: ‘Adakah kamu semua mendapati sebarang kelonggaran untukku bertayammum (tanpa perlu mandi wajib)?’”
Mereka menjawab: ‘Kami tidak menjumpai sebarang kelonggaran untukmu sekiranya kamu masih boleh menggunakan air.’ Lelaki tersebut menunaikan mandi wajib dan terbukalah luka di kepalanya lalu dia meninggal.”
Apabila kami sampai kepada Rasulullah s.a.w dan berita ini disampaikan kepadanya Baginda s.a.w bersabda: ‘Mereka (yang berpendapat bahawa dia tidak boleh bertayamum) telah membunuhnya, semoga Allah ta’ala membunuh mereka! Mengapa tidak mereka bertanya sekiranya mereka tidak tahu? Sesungguhnya satu-satunya rawatan bagi kejahilan adalah dengan bertanya.’” (Abu Daud 1.93)
Setiap pendapat yang dikeluarkan oleh imam-imam mujtahid sebelum kita seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah pendapat yang telah ditapis, dikaji dan dibahas sebelum mereka berfatwa mengenainya. Imam-imam tersebut akan terlebih dahulu mengambil kira pro atau kontra sesuatu ayat al-Quran dan Sunnah dan bukan hanya bersandarkan kepada sepotong hadis yang mereka temui.
Imam Malik misalnya tidak pernah mengeluarkan pendapat melainkan pendapat tersebut terlebih dahulu diutarakan dan dipersetujui oleh 70 ulama yang hidup pada zaman beliau.
Imam Abu Hanifah mempunyai majlis fatwa beliau yang terdiri dari puluhan ulama yang membahaskan kesemua masalah agama sebelum meluluskan sesuatu fatwa.
Kerana sifat berhati-hati inilah ulama Ilmu Rijal (ilmu berkenaan sejarah perawi-perawi hadis) sama sekali tidak pernah mempertikaikan imam-imam mujtahid dari segi kemampuan mereka berijtihad.
kebesaran bulan zulhijjah
Oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
keadaan jemaah haji di Padang Arafah ketika wukuf setiap tahun.
DALAM kekecohan beberapa isu dan bencana alam yang melanda negara kita mutakhir ini, sedar atau tidak, hari ini kita telah pun melangkah masuk ke dalam bulan Zulhijjah.
Untuk sama-sama menghayati kebesaran dan anugerah yang disediakan dalam bulan Zulhijjah, maka ruangan Relung Kasih menangguhkan persoalan Tauhid Tiga Serangkai yang sepatutnya disambung pada minggu ini.
Dengan ‘inayah dan ri’ayah Allah pastinya, maka pada hari ini kita dikurniakan lagi untuk kesekian kalinya nikmat bulan Zulhijjah yang besar fadilat dan ertinya.
Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya.
Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.
Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.
Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)
Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.
Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2: Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.
Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.
Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, “Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid”. (riwayat al Bukhari)
Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.
Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda: “Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari”.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar”.
Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.
Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun”.
Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya”.
Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.
Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.
Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.
Hari Arafah
Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.
Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah”.
Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata: “Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.
Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:
“Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq”.
Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang”.
Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.
Aidil Adha
Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa’ (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).
Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT: Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)
Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.
Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.
Ini sebagaimana sabdanya: “Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami”.
Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.
Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.
Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.
Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.
Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.
Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.
kiamat jauh lebih dahsyat berbanding kiamat 2012
FILEM selain untuk hiburan, ia juga menjadi sumber rujukan dan satira dalam masyarakat. Namun ada kalanya ia dilihat sudah bersifat melampaui akal logik manusiawi yang dahagakan hiburan sambil mengutip sedikit pengajaran. Di negara ini penerbit dan pengarah filem sering menguar-uarkan filem mereka sebagai penuh elemen moral dan Islamik walaupun ia sebenarnya memerlukan lebih penjelasan daripada mereka sebelum kita bulat-bulat menerima pernyataan itu.
Filem dari barat selepas berakhirnya era fobia kepada Y2K banyak memaparkan elemen kepercayaan agama tertentu mengenai tanda awal kiamat seperti dalam filem End of Days, Stigmata, Knowing dan terbaru 2012. Lupakan apakah moral filem sedemikian melainkan ia hanya ingin menonjolkan bahawa tamadun kita sudah mencapai tahap optimum dan segala-galanya akan berakhir tidak lama lagi, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Kehebatan imej janaan komputer (CGI) menghasilkan filem mega dari Hollywood hasil tangan manusia kreatif seperti Star Wars, Terminator, Titanic, Spiderman, Batman dan berpuluh lagi filem fiksyen yang ada ‘sumbangan’ ikhlas sebahagian daripada kita yang membeli tiket wayang. Kehadiran filem 2012 yang menggambarkan kiamat bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh. Gambaran CGI yang memaparkan kemusnahan alam maya ini dibuat dengan penuh teliti. Tsunami setinggi Everest, gempa yang membelah bumi dan letusan gunung berapi yang membadai hebat amat menggetarkan hati sesiapa yang menontonnya.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya kepada hari kiamat dan kepercayaan ini perlukan keyakinan yang sebenar-benarnya bahawa kita akan melaluinya tidak kira kiamat kecil (kematian) atau kiamat yang sebenar-benarnya. Kita sebagai insan wajib mempercayai bahawa filem adalah gambaran hasil ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia. Daripada penulis cerita, lalu diangkat menjadi skrip dan lakon layar diadun pula oleh pengarah dan pasukan kreatifnya lalu jadilah sebuah filem yang kelihatan hidup tetapi bukan yang sebenar-benarnya.
Ia tetap rahsia Allah SWT walau bermacam ramalan dilakukan manusia sejak berzaman. Seperti dalam filem 2012 ramalan kiamat berlaku dibuat oleh kaum Maya melalui kalendar ortodoks mereka. Ada juga ajaran sesat yang percaya kiamat akan berlaku menelan racun beramai-ramai untuk mengelakkan diri menghadapi situasi apabila kiamat berlaku. Akhirnya mereka mati katak atau mati sesat mengikut pemimpin songsang mereka.
Kiamat dalam agama Islam juga disebut sebagai hari pembalasan, hari pengadilan atau hari kebangkitan, hari di mana manusia dan bumi ini akan musnah sekelip mata lalu dibangkitkan dari kematian untuk diadili di Padang Mahsyar. Namun bencana yang melanda dunia yang kita diami pada hari ini seakan riak-riak kecil atau petanda awal bahawa kiamat dan mati tidak jauh dari kita hanya kita yang seakan ego tidak bertepi.
Tsunami yang melanda Sumatera pada Disember 2004 meragut ratusan ribu nyawa dan sesungguhnya ia tidak jauh dari negara kita dan ada juga korban nyawa dan kemusnahan fizikal turut membabitkan rakyat negara ini. Kita tidak boleh lagi mendabik dada mengatakan kita jauh dari bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami lagi kerana ia semakin dekat dan semakin menggegarkan kita seperti yang berlaku di Bukit Tinggi Pahang dan gempa bumi di Padang, Sumatera.
Gempa bumi di Padang adalah realiti yang tidak dapat disangkal lagi. Bumi atau tanah merekah dan menimbus hidup-hidup semua penduduk kampung dan menghilangkan langsung landskap sebahagian tanah adat perpatih yang asal.
Kita sebagai umat Islam perlu lebih bertaqwa dan beriman dengan Rukun Iman yang satu daripadanya ialah percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qada dan qadar. Kiamat adalah realiti yang belum lagi berlaku dan wajib bagi kita mempercayai sebagai sebahagian dari akidah kita.
Tragedi yang berlaku akibat taufan yang semuanya bernama wanita seperti Katrina, Wilma dan sebagainya adalah gambaran hidup yang boleh kita saksikan di televisyen bahawa manusia tidak dapat menentang kuasa Allah SWT walau sehebat mana mereka membina teknologi.
Kisah 25 rasul dalam menyebarkan ajaran Islam turut menyaksikan peristiwa dahsyat yang menimpa umat manusia yang tidak beriman dengan Allah SWT.
Kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar, begitu juga kaum Nabi Musa yang diketuai Firaun tenggelam kelemasan bersama bala tenteranya ketika memburu Nabi Musa yang menyeberang laut yang terbelah dua setelah dipukul permukaan laut dengan tongkat baginda.
Begitu juga dengan takdir yang menimpa kaum Nabi Lut yang diterbalikkan bumi ke atas mereka kerana nafsu rakus mereka yang mengamalkan seks sejenis. Kisah kaum Nabi yang menerima balasan kerana kufur nikmat dan tidak beriman dengan Allah SWT selalunya berakhir dengan balasan bencana fizikal yang dahsyat dan mengerikan.
Gambaran yang dibuat oleh filem mutakhir tidak lebih daripada gambaran berasaskan rujukan bersifat keagamaan dan realiti kiamat yang digambarkan dari kaca mata manusia yang terhad pengamatannya.
Sesungguhnya kiamat yang sebenarnya jauh dari realiti yang digambarkan di layar perak oleh sutradara Barat. Filem 2012 sendiri hanya gambaran peristiwa kiamat yang belum sampai takdirnya yang mana dalam filem itu ia berakhir dengan muka bumi Allah SWT ini berubah dari kedudukan asalnya dan manusia masih berjaya meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Lambang makhluk yang memiliki ego yang tidak bertepi. Secara mudahnya moral filem mengenai kemusnahan duniawi seperti filem 2012 menunjukkan kepada kita bahawa kemusnahan dunia ini akan berlaku apabila kita tidak lagi bersifat manusiawi atau berlakunya kiamat dalam sifat kemanusiaan. Mungkin itu moralnya.
larangan melantik orang munafik sebagai pembantu
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka, dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan. (ali-‘Imran: 118-120)
Sheikh Sya’rawi berkata : Selepas Allah menjelaskan betapa Dia tidak menzalimi seseorang tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri kerana menafkah pada tempat yang tidak diterima melainkan gugurlah segala amalan mereka. Itulah keadilan Allah seterusnya Allah berfirman.
Sebab Nuzul ayat ke-118
Ibn Abbas dan Mujahid berkata: “Ayat ini diturunkan kepada kaum yang beriman, berbaik dengan munafik dan Yahudi keran hubungan kerabat, rakan, jiran, susuan, dan perjanjian. Lantas mereka dilarang daripada mengambil golongan tersebut sebagai penasihat”.
Iktibar dan fiqh ayat
i. Ibn Kathir berkata: “Allah dengan tegas melarang hamba-Nya yang beriman daripada menjadikan golongan munafik sebagai penasihat dan pembantu setia mereka.
ii. Al-Qadhi Abu Ya’la berkata: “Ayat ini menjadi dalil tidak harus meminta tolong dengan ahli Zimmah dalam urusan orang Islam”.
iii. Al-Maraghi berkata: “Kebiasaan ini diikuti pula oleh pemerintahan Abbasiah dan raja-raja Islam lain dari aspek pemakaian beberapa tenaga dalam menjalani urusan pemerintahan sama ada dilantik daripada kalangan Yahudi mahupun Nasrani.
“Situasi ini berjalan sampai sekarang. Sebahagian besar duta besar kerajaan Uthmani dan konsul-konsulnya adalah terdiri daripada orang Nasrani”.
Firman-Nya: Mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Kalimat ini bukanlah dapat memberi penjelasan yang konkrit. Kerana itu, ia mengandungi perintah untuk mencari bukti-bukti yang lebih nyata dan jelas pada sikap tingkah laku mereka. Itulah agaknya yang menjadi sebab sehingga ayat ini diakhiri dengan jika kamu berakal, bukan bila kamu mengetahui atau memahami. Dalam hal ini, kaum muslimin diperintahkan menggunakan akal dan fikiran untuk menimbang dan menganalisis sikap dan tingkah laku penentang-penentang Islam.
iv. Hamka berkata: “Kalimat ini ialah bhitanah, bermaksud kawan rapat atau sahabat karib. Ayat ini melarang orang mukmin berteman dengan orang yang bukan dari golongan mereka sendiri. “Mereka sangka orang lain akan jujur sepertinya tetapi itulah musuh yang paling jahat dan kejam kerana mereka tidak pernah reda dengan umat Nabi Muhammad SAW”.
Sebab Nuzul ayat ke-119
Ibn Abbas berkata: “Kebanyakan orang Ansar menjalin hubungan dengan orang Yahudi. Apabila mereka memeluk Islam, Yahudi begitu marah terhadap mereka lantas turunnya ayat ini”.
Iktibar dan fiqh ayat
i. Berkenaan kasih sayang orang beriman terhadap mereka mempunyai empat pandangan:
– Cenderung kepada mereka secara tabiat seperti hubungan kerabat dan lain-lain. Inilah pendapat Ibn Abbas.
– Dengan makna rahmat. Apa yang mereka lakukan maksiat akan dibalas dengan azab. Inilah pendapat al-Qatadah.
– Orang munafikin menzahirkan iman kerana orang munafikin menzahirkan iman. Inilah riwayat Abu al-‘Aliyah.
– Harapan supaya mereka memeluk Islam. Inilah pendapat al-Mufaddhal dan al-Zajjaj.
ii. Al-Maraghi berkata: “Perasaan yang ditonjolkan oleh orang mukmin kepada golongan kafir dan begitulah perwatakan mereka merupakan bukti yang paling jelas bahawa Islam ini adalah agama rahmat dan bersikap toleransi, dan tidak mungkin lagi ada agama lain yang dapat memiliki sikap yang lebih baik daripada ini”.
iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Penutup ayat ini sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati, dapat difahami sebagai bahagian yang diperintahkan untuk diucapkan sebagaimana dikemukakan di atas.
“Ia juga dapat difahami dalam erti huraian yang tersendiri. Jika demikian, ia adalah informasi kepada mereka dan juga kepada umat Islam bahawa kebencian dan kedengkian mereka itu diketahui Allah.
“Informasi ini penting, kerana mereka menyembunyikan daripada semua pihak termasuk kaum muslimin yang masih menjalin hubungan kasih sayang dengan lawan-lawan itu”.
iv. Hamka berkata: “Kamu belas kasihan kepada mereka dan mengharap ia mendapat petunjuk agar dapat merasakan nikmat hidup beragama tetapi mereka tidak menyambut seruan dan kasih sayang kita”.
Iktibar dan fiqh ayat ke-120
i. Al-Alusi berkata: “Sebahagian ahli tahqiq berpendapat lebih elok dan utama dikatakan ia menjadi dalil atas melampaunya mereka dalam kegembiraan dan dukacita”.
ii. Al-Maraghi berkata: “Ayat ini memberikan pengajaran kepada kaum mukmin dari aspek pergaulan dengan pihak musuh.
“Sesungguhnya Allah SWT telah menyuruh orang beriman agar bersabar menghadapi api permusuhan dengan golongan kafir yang dilitupi dengan perasaan benci kepada mereka dan sentiasa berhati-hati terhadap rancangan jahat mereka.
“Dalam hal ini orang mukmin tidak disuruh membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama. Sudah menjadi kebiasaan bagi al-Quran menyuruh mereka melakukan perbuatan yang membawa ke arah kecintaan dan kebaikan dan melawan kejahatan dengan kebaikan.
“Ayat ini masih melanjutkan huraian tentang orang-orang yang tidak wajar diangkat menjadi teman dan tempat untuk menyimpan rahsia atau diserahi urusan-urusan kaum muslimin yang menentukan masa depan Islam dan penganutnya.
“Mereka itu di samping sifat-sifatnya yang disebutkan pada ayat-ayat yang lalu jika kamu disentuh, yakni mendapatkan walau sedikit kebaikan seperti nikmat kesihatan, keuntungan material, kemenangan nescaya mereka bersedih hati akibat sentuhan yang sedikit itu, tetapi jika kamu ditimpa bencana yang besar barulah mereka bergembira kerananya.
iii. Hamka berkata: “Tidur mereka sudah tidak tenang lagi, makanpun tidak rasa nikmatnya lagi. Mereka sendiri yang meracuni jiwa mereka dengan rasa benci dan dendam itu. Mereka tidak senang dengan kesenangan orang lain.
“Mereka mempunyai hati yang busuk kerana mendengki dan menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Perbuatan mereka sungguh aib dan dimurkai Allah SWT”.
Semoga umat Islam sentiasa mendapat keredaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Amin.
Subscribe
16 tanda kematian mulia
Tulisan : Mohd Zawawi Yusoh
KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.
Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.
Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ’su’ul khatimah.’
Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.
Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah
Hidup dan mati ketentuan Allah
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (Siri Ke-59)
APABILA tiba ajal ia tidak akan dicepat atau dilewatkan walaupun sesaat. – Gambar hiasan
Setelah kaum Muslimin mengalami kekalahan dalam perang Uhud dan terdapat beberapa orang yang terbunuh di kalangan mereka, syaitan pun berseru: “Ketahuilah bahawa Muhammad telah terbunuh.”
Ibn Qam’ah menemui orang-orang musyrik dan berkata: “Aku telah berjaya membunuh Muhammad”. Padahal sebenarnya ia hanya memukul Rasulullah SAW dan sedikit terluka di kepala Baginda.
Peristiwa ini banyak menggoncangkan hati ramai orang dan ada di antara mereka yang yakin bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Dalam keadaan ini, mereka beranggapan mungkin perkara itu terjadi kepada Rasulullah SAW sebagaimana Allah SWT menceritakan kisah para Nabi yang terdahulu sehingga perkara itu mengakibatkan kelemahan, ketakutan dan keengganan kaum muslimin meneruskan peperangan.
Pada saat Allah SWT menurunkan firman-Nya yang bermaksud: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Maksudnya, Nabi Muhammad SAW mengikut jejak langkah para Nabi dalam kerasulan dan kemungkinan terbunuh.
Sebab Nuzul ayat 144
Al-Qurtubi berkata: Sebab nuzul ayat ini kerana kekalahan orang Islam dalam perang Uhud sehingga syaitan bertempik Muhammad telah terbunuh. Sebahagian orang ramai berkata telah terkena Muhammad, justeru berilah tangan kamu kerana mereka adalah saudara-saudara kamu untuk meneruskan jihad.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Al-Qurtubi berkata: Ayat ini menjadi sebesar-besar dalil atas keberanian Saidina Abu Bakar r.a.
ii. Al-Maraghi berkata: Nabi Muhammad SAW hanyalah manusia biasa. Sebelum Baginda, telah wujud beberapa orang rasul. Mereka semua telah wafat.
Sebahagian daripada mereka ada yang dibunuh oleh musuhnya. Mereka seperti Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya AS. Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditetapkan untuk hidup kekal.
Ayat ini mengandungi bimbingan dan petunjuk bahawa peperangan itu tidak sepatutnya berhenti ataupun terus berlanjutan kerana adanya komandan.
Jika komandannya terbunuh, secara tidak langsung pasukannya akan terus menerima kekalahan atau menyerah diri kepada pihak musuh. Tetapi perlu diingat bahawa kepentingan umum lebih utama berbanding dengan undang-undang yang ditetapkan.
Ini tidak akan menyangsikan fikiran sesiapa meskipun para pemimpin perang terkorban. Inilah prinsip yang digunakan oleh pemerintah dalam menyusun strategi peperangan.
Allah SWT mewajibkan kita menurut segala petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Oleh itu musibah yang menimpa Baginda, seperti luka dan saki atau hidup dan mati, sama sekali tidak ada hubungannya dengan kebenaran dakwah yang dibawanya, sebab baginda adalah manusia biasa seperti kamu. Baginda hanya tunduk kepada peraturan Ilahi.
iii. Hamka berkata: Dalam ayat ini menerangkan bahawa Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, seperti rasul-rasul yang lain yang terdahulu daripadanya. Iaitu manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi utusan-Nya dalam kalangan manusia sendiri.
Maka dia bukanlah malaikat atau jin. Telah berlalu daripadanya rasul-rasul yang lain, mulanya mereka lahir ke dunia, kemudian diangkat menjadi rasul dan bila tiba waktunya, mereka pun wafat. “Apakah apabila dia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling di atas kedua tumit kamu?”
iv. Quraish Shihab berkata: Dalam al-Quran nama Nabi Muhammad SAW, bila disebut selalu dirangkaikan dengan gelaran Baginda, kecuali sekali iaitu dalam surah yang menyandang nama beliau iaitu Muhammad. Berbeza dengan nama nabi dan rasul yang lain, yang biasanya disebut tanpa gelaran mereka.
Redaksi ayat ini menunjukkan sifat kerasulan Nabi Muhammad SAW yang serupa dengan rasul-rasul yang telah wafat untuk membangkang mereka yang menduga bahawa sifat kerasulan bertentangan dengan kematian atau menduga bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW memiliki kelebihan berbanding dengan kerasulan yang lain.
Bahkan boleh terjadi mereka menduga bahawa usia Baginda akan panjang, sehingga ada yang tidak percaya bila satu saat Baginda akan wafat sebagaimana yang dialami oleh Saidina Umar al-Khattab.
v. Ibn Abi Najih berkata dari ayahnya: Ada seseorang dari kaum Muhajirin yang telah lalu di hadapan seorang dari kaum Ansar yang berlumuran darah. Lalu ditanya kepadanya: hai fulan, apakah kamu rasa Rasulullah SAW telah terbunuh?
Orang Ansar itu menjawab: Jika Muhammad telah terbunuh, bererti ia telah menyampaikan risalahnya. Maka berperanglah kamu demi membela agama kamu. Lalu turunlah ayat ini:
Maksudnya: Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).
vi. Al-Zuhri berkata: Abu Salamah telah menceritakan kepadaku dari Ibn Abbas bahawa Abu Bakar keluar, sementara Umar sedang berbicara kepada khalayak.
Kemudian Abu Bakar berkata: Duduklah wahai Umar. Lalu Abu Bakar berkata: Amma ba’du. Barang siapa menyembah Muhammad maka Muhammad telah wafat. Dan barang siapa menyembah Allah, maka Allah itu sentiasa hidup dan tidak akan pernah mati. Selanjutnya Abu Bakar menegaskan bahawa Allah berfirman, maksudnya: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
vii. Al-Zuhri berkata: Demi Allah, seolah-olah orang yang tidak mengetahui bahawa Allah telah menurunkan ayat ini sehingga Abu Bakar membacakannya kepada mereka. Maka orang-orang pun membaca ayat ini dari Abu Bakar. Sehingga setiap orang yang mendengar ayat ini, ia membacanya.
viii. Al-Sonhaji berkata: Ayat ini mengandungi pengajaran bahawa meneruskan sesuatu peperangan atau menghentikannya janganlah dihubungkan dengan hidup atau matinya seseorang pemimpin.
Contohnya, jika pemimpin itu hidup, perjuangan diteruskan, tetapi jika pemimpin itu mati perjuangan dihentikan. Kemaslahatan umum yang berjalan di atas dasar yang kukuh hendaklah dipertahankan bermati-matian.
Jangan pula goyah disebabkan kehilangan pemimpin atau jatuhnya pemimpin. Atas dasar inilah berjalannya pemerintahan dan peperangan pada zaman kita ini.
Iktibar dan fiqh ayat 145:
i. Ibn Kathir berkata: Tidak mati seseorang melainkan mengikut qadar Allah SWT dan menjalani masa yang telah ditetapkan oleh Allah.
ii. Ibn Kathir juga berkata: Oleh kerana itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Ayat ini memberikan motivasi bagi para pengecut dan dorongan bagi mereka untuk berperang, kerana maju berperang atau mundur darinya tidak akan mengurangkan atau memanjangkan usia.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dari Habib bin Zhabiyan, ia berkata: Apa yang menjadi halangan kepada kalian untuk menyeberangi Sungai Tigris ini untuk menemui musuh-musuh Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.
Setelah itu, ia terus menepuk kudanya menyeberangi Sungai Tigris. Ketika dia menyeberangi sungai itu, mereka yang lain pun mengikutinya. Pada saat musuh mengetahui kedatangan mereka, musuh pun berteriak dan mereka pun lari kebelakang.
iii. Al-Qurtubi berkata: Ini adalah galakan berjihad dan pemberitahuan bahawa kematian mesti berlaku kepada manusia sama ada dibunuh atau tidak.
iv. Al-Maraghi berkata: Ayat ini mengandungi galakan agar berjihad dengan penuh semangat berani menentang musuh. Oleh itu apabila ajal sudah menjadi ketetapan, lalu kematian tidak akan tiba sebelum sampai waktunya. Walaupun berada di medan peperangan, tidak ada sebarang alasan untuk takut menjadi pengecut.
Ayat ini juga memberi satu isyarat bahawa Allah SWT selalu melindungi rasul-Nya.
Ayat ini mengandungi sindiran kepada para sahabat yang sibuk mengambil harta rampasan dalam Perang Uhud iaitu mereka yang meninggalkan tempat yang telah ditugaskan oleh Nabi SAW agar mempertahankan tempat tersebut.
v. Hamka berkata: Dalam ayat ini mengandungi dua tafsir dan maksud. Pertama sebagai peringatan keras kepada mereka yang lemah imannya, kerana mendengar Rasulullah SAW telah wafat.
Mengapa iman menjadi goncang, padahal menentukan hidup dan mati seseorang bukanlah di tangan manusia bahkan ia adalah ketentuan Allah SWT.
Isi tafsir yang kedua pula ialah, ayat ini adalah perangsang paling kuat untuk meneguhkan hati orang yang beriman di dalam menghadapi tugasnya, baik membina dan memajukan agamanya, ataupun di dalam menangkis serangan musuh.
vi. Quraish Shihab berkata: Al-Biqa’i menghubungkan ayat ini dengan ayat sebelumnya dengan berkata bahawa kematian pimpinan pendukung-pendukung suatu agama tidak wajar dijadikan sebab untuk mengelak dari pertempuran dan meninggalkan medan peperangan, kecuali kematian itu terjadi tanpa izin Allah SWT.
vii. Al-Sonhaji berkata: Ayat yang diperkatakan ini ditujukan oleh Allah SWT kepada pasukan-pasukan yang telah terpengaruh oleh harta rampasan dalam perang Uhud sehingga tergamak mereka meninggalkan kedudukan mereka.
Jadi seolah-olah Allah mengatakan: Sekiranya kamu mengejar upah dunia, tiadalah Allah menghalangnya, terserahlah kamu untuk merebutnya. Tetapi bukanlah ini yang menjadi dasar seruan pemimpin besar kamu Muhammad SAW. Malah kamu diseru ke arah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
Semoga kita menjadi golongan yang cintakan Rasulullah SAW serta mengikut jejak langkahnya tanpa berpaling dan keluar daripada sunnahnya. Am
Jauhi Maksiat Batin
Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
“BANYAK konflik berlaku, sudah hendak kiamatlah,” kata seorang teman kepada penulis pada suatu pagi di kedai mamak.
Semua tidak kena satu pihak salahkan pihak yang lain begitulah sebaliknya.Pembaca sekalian, adakah anda sedang berkonflik atau mungkin mengharunginya dengan perasaan yang melukakan?
Terdapat banyak punca berlaku konflik, antaranya sifat hati yang kotor. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka akan rosaklah anggota lain, daging seketul itu adalah hati.”
Hati kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan tidak rasional. Inilah yang dinamakan dengan maksiat batin. Di sini timbul seribu satu perangai negatif yang akhirnya akan menjurus kepada berlakunya konflik.
Antara maksiat batin itu seperti:
1) Maksiat perut iaitu seseorang itu terlalu banyak makan makanan yang tidak halal atau haram seperti meminum arak dan makanan yang dimakan dari punca rezeki yang tidak halal.
2) Maksiat mata iaitu seseorang yang suka melihat kepada bahan lucah dan haram.
3) Maksiat lidah yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.
4) Maksiat faraj bermaksud melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.
5) Maksiat tangan yang bermaksud mencuri harta orang lain, menyeleweng kuasa yang diamanahkan dan juga mendapatkan harta secara haram.
6) Maksiat kaki bermaksud sentiasa mengunjungi ke tempat maksiat seperti ke kelab malam, tempat pelacuran dan tempat perjudian.
7) Maksiat telinga bermaksud mendengar perkara-perkara yang tidak elok seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.
Maksiat batin ini seterusnya akan berjangkit pula ke arah maksiat zahir, antaranya:
Bercakap banyak
Suka marah-marah
Berhasad dengki
Bakhil
Suka bermegah-megah
Sombong dan takbur dengan diri sendiri
Cintakan dunia
Suka memfitnah
Ujub iaitu menyangka dirinya terlalu sempurna
Riak iaitu perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana terlalu inginkan pujian dan sanjungan dari orang lain.
Apabila seseorang Islam itu melakukan maksiat yang dinyatakan di atas, maka akan bertambahlah titik dosa dalam dirinya yang menjadikan dirinya mengalami lebih konflik.
Bagi mengatasi masalah dan konflik itu mestilah berbalik kepada Islam dengan menghayati hak orang lain seperti mengawal hati dengan ibadat khusus serta sunat dalam ibadat umum. Mesti merasai roh ukhuwah yang mendalam dengan ikatan akidah yang kuat serta percaya kepada hari akhirat.
Segala perbuatan yang dikira itu akan merendahkan keegoan yang bersarang dalam nafsu kita dan Insya-Allah akan mengurangkan konflik.
Ibadat Korban
Petikah : almalakawi.wordpress.com/
Pengenalan
الأضحية ialah binatang ternakan yang disembelih kerana menghampiri diri kepada Allah تعالى, dikerjakanya pada hari raya adha dan tiga hari tasrik iaitu pada sebelas, dua belas, dan tiga belas bulan zulhijah.
Diberi nama dengan udhiyah kerana mengikut waktu awal ia dikerjakan iaitu waktu duhah.
Dalil
Dalil (nas) qurban sebelum datang ijmak ialah:
(فصل لربك وانحر) أى صل صلاة العيد وانحر النسك
Maka hendaklah sembahyang kamu dan menyembelih ertinya hendaklah kamu sembahyang hari raya adhah dan sembelih qurban.
Hukum
*Quban adalah sunat muakad pada orang yang merdeka dan hamba separuh dan keduanya itu mukalaf lagi cerdik (yang boleh memerentah hartanya dengan sendiri) dan dia kuasa mengerjakannya.
*Qurban sunat kifayah di atas seorang jika berbilang didalam satu rumah, dan sunat itu tertentu baginya jaka dia seorang sahaja didalam satu rumah.
*Makruh meningalkan qurban kerana ada ulama yang mewajibkannya iaitu Mazhab Hanafi mewajibkan qurban di atas mereka yang wajib zakat.
*Maksud sunat kifaya ialah apabila dikerjakan oleh seorang dalam satu rumah maka terlepas sekelian isi rumah daripada makruh.
*Qurban jadi wajib dengan sebab bernazar seperti kata seorang kerana Allah wajib atas ku qurban, atau dengan menentukan binatang dijadi qurban seperti kata seorang ini binatang quban maka jadi wajib menyembelihnya pada waktu yang dikira quban.
Binatang yang boleh dibuat qurban:
1. Unta, umurnya genap lima tahun.
2. Lembu atau kerbau, umurnya genap dua tahun.
3. Kambing, umurnya genap dua tahun.
4. Biri-biri umurnya genap setahun, tetapi jika telah gugur giginya sebelum cukup umurnya setahun, memada dibuat qurban.
*Menurut pendapat Ibnu Abbas رضي الله عنهما memada pada qurban itu dengan menumpahkan darah, sekalipun dengan menyembelih seekor ayam atau itik dan begitu juga aqiqah atas jalan qias pada qurban. Para ulama Syafieyah mengharuskan bertaklid (mengikut) dengan pendapat ini bagi mereka yang tidak mampu.
Afdal binatang yang diqurbankan itu:
1. Saekor unta bagi seorang.
2. Saekor lembu atau kerbau bagi seorang.
3. Saekor kibas atau kambing.
*Tujuh kibas atau kambing bagi seorang terlebih afdal dari seekor unta.
*Memada seekor lembu atau unta untuk tujuh orang.
*Sekiranya berlainan niat orang yang berkongsi pada seekor unta atau lembu yang disembelih, seperti seorang berniat qurban, seorang yang lain niat aqeqah dan ada yang berniat hendak jual maka mamada.
Syarat binatang qurban:
Binatang yang dibuat qurban hendaklah jangan ada aib (cedera) yang mengurangkan dagingnya.
Aib (cedera/cacat) yang mengurangkan daging:
1. Binatang yang terpotong telinga walaupun sedikit.
2. Binatang yang tiada telinga.
3. Binatang yang terpotong ekor.
4. Binatang yang terpotong lidah.
5. Binatang yang gila yang tidak makan rumput dan jadi kurus.
6. Binatang yang berkudis jika sedikit sekalipun, kerana binasa dagingnya.
7. Binatang yang baru beranak, kerana tidak elok dagingnya.
8. Binatang yang sangat kurus.
9. Binatang yang buta sebelah.
10. Binatang yang buta dua mata.
11. Binatang yang nyata sakitnya.
12. Binatang yang sangat tempang, sekalipun jadi tempang dengan sebab hendak dibaringkannya kerana hendak sembelih.
13. Binatang yang bunting kerana kurang dagingnya, ini yang muktamad yang diambil pada Majmuk. Menurut Ibnu Rifa’h “memada buat qurban dengan binatang yang bunting krana kurang dagingnya diganti oleh anak yang di dalam perut” pandapat ini ditolak oleh mereka yang berpendapat tidak memadai berqurban dengan binatang yang bunting kerana terkadang yang dikandung itu darah bukan daging dan lagi bertambah daging tidak boleh menganti akan cacat kerana tidak memadai berqurban binatang yang tempang lagi gemuk.
Aib/cedera /cacat yang tersebut tidak memada buat qurban tetapi wajib menyembelih pada watu qurban akan binatang yang dinazarkan yang ada aib tersebut atau yang tidak cukup umur sepertti berkata seorang “wajib atas ku qubankan kambing ini” sedankan ianya ada aib yang tersebut.
Niat Qurban
*Disyaratkan berniat pada ketika sembelih.
*Sekiranya orang yang hendak melakukan qurban mewakilkan sembelih kepada orang lain maka hendaklah dia berniat pada ketika menyerahkan binatang qurban kepada wakilnya dan memada niatnya itu sekalipun wakilnya tidak tahu bahawa binatang yang disembelih itu binatang qurban. Boleh juga orang yang berqurban berniat pada ketika wakil menyembelih.
*Harus serahkan niat qurban kepada orang islam yang mumayiz sama ada dia orang yang menyembelih atau tidak.
*Tidak disyaratkan niat qurban pada binatang qurban yang dinazarkan tetapi sunat niat.
Membahagi daging qurban
*Wajib bersedekah daging qurban yang mentah kadar yang dinamakan sedekah kepada fakir miskin dan harus diambil yang lebihnya untuk dirinya.
*Wajib bersedekah sekelian daging yang mentah, kulit dan tanduk binatag qurban yang dinazarkan.
*Orang yang berquba nazar haram memakan daging qurbannya begitu juga orang yang di bawah tangungannya.
* Sunat orang yang berqurban memakan sedikit daging daripada qurban sunat.
*Orang yang berqurban haram lagi tidak sah menjual suatu dari daging, bulu, tulang dan lainnya.
*Haram dijadikan daging qurban atau juzuk yang lain sebagai pengupah tukang sembelih.
Buat qurban untuk orang lain
*Tidah sah buatkan qurban untuk orang hidup dengan ketiadaan izin dari yang empunya diri.
*Harus wali (bapa atau datuk sebelah ayah) buat qurban untuk maulinya (anak atu cucu) dengan harta wali tidak harus dengan harta kanak-kanak.
*Tidak sah buat qurban bagi orang yang mati yang tida berwasiat supaya dibuat qurba baginya, adapun jika dia berwasiat sah dibuat qurban untuknya
15 Tanda Kiamat
Kalau kita masih ingat lagi dalam peristiwa Israk dan Mikraj ketika Rasulullah SAW dibawa menaiki kenderaan yang bernama Buraq yang terpantas sepantas kilat baginda menoleh dan melihat bumi tempat tinggal manusia dan segala makhluk yang lain seumpama seorang wanita tua.
Tasybih (disamakan) bumi dengan seorang wanita tua ada kaitannya dengan usia bumi. Ditasybihkan agar manusia segera dan pantas memahami kehendak Allah melalui lisan baginda Rasulullah SAW.
Semoga dengan demikian manusia hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran serta langkah-langkah yang sewajarnya dalam menjaga dan memelihara alam tabie yang menjadi amanah kepada manusia.
Maksudnya bumi diumpakan seperti wanita tua, dari sudut biologinya wanita tua kebiasaannya semestinya uzur. Bila uzur ada kaitan dengan keaktifan seseorang, yang pastinya yang muda tidak sama dengan yang atau dari segi kudrat dan tenaga, apatah lagi dari segi kesihatannya.
Bermula dengan tsunami dari tahun 2004 yang meragut jutaan nyawa manusia hinggalah yang terakhir gempa bumi di Padang dan banyak lagi.
Ditambah suhu panas yang semakin meningkat, atmosfera dan ozon yang semakin menipis sehingga suhu semakin membahang dari hari ke sehari.
Walaupun sebahagian kerosakan berpunca dari tangan-tangan manusia seperti firman Allah SWT yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41)
Punca kerosakan di daratan dan lautan adalah kerana ketamakan manusia merakusi bumi Allah SWT atas alasan pembangunan dan pemodenan kawasan. Maka berlakulah banjir kilat di beberapa tempat, tapi manusia tidak belajar.
Kebanyakan perkara yang dinyatakan telah pun berlaku dan ada yang masih berlaku, antaranya adalah tanda-tanda kiamat kecil.
Tanda-tanda kiamat
Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.
Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.
Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.
Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, “Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.
“Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat”.
Ibnu Hajar melanjutkan, “Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat”.
Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah SAW
Jabir r.a. berkata, “Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, “(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian”. Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)
2. Disia-siakan amanah
Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, “bilakah masanya akan terjadi kiamat?” Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, “Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya”.
Berkata sebagian yang lain, “Rasulullah tidak mendengar”. Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: “Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?” Berkata lelaki Badwi itu, “Saya, wahai Rasulullah”. Rasulullah SAW berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat”. Lelaki itu bertanya lagi, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. (riwayat Bukhari)
3. Penggembala menjadi kaya
Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).
6. Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “haraj adalah pembunuhan, pembunuhan”. (riwayat Muslim).
7. Munculnya kaum Khawarij
Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).
9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia”. Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).
11. Sedikitnya ilmu
12. Merebaknya perzinaan
13. Banyaknya kaum wanita
Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)
14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.
15. Berleluasnya riba dan harta haram
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya“. (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)
Kewajipan mencintai keluarga Nabi SAW
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
RATA-RATANYA masyarakat Islam keliru mengenai apakah pegangan sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Kekeliruan ini membuatkan ramai di kalangan kita tidak mahu menyentuh permasalahan mengenai hak-hak Ahli Bait barangkali kerana khuatir terlibat dengan fahaman puak Syiah dan Rafidhah.
Sebahagian yang lain menganggap ia bukanlah suatu permasalahan yang penting untuk diambil berat dan diperbahaskan dengan panjang lebar.
Walau apa pun alasannya, perbuatan dan perkataan salafussoleh serta ulama telah bersalahan dengan pendirian mereka. Pendapat salaf juga menjadi bukti dan hujah bahawa mereka tidak pernah meletakkan perbahasan mengasihi Ahli Bait sebagai perkara sampingan dan hal remeh-temeh.
Sebabnya, mereka sedar dengan sebenar-benar kesedaran bahawa mencintai dan memuliakan ahli keluarga Nabi SAW adalah perintah yang wajib dijunjung walau di mana mereka berada.
Secara umumnya perintah memulia dan mencintai ahli keluarga Nabi SAW termaktub di dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Nabi Muhammad): Bahawa aku tidak meminta sebarang upah di atas seruan dakwahku ini melainkan agar kalian mencurahkan rasa kasih sayang terhadap al-Qurba (kaum kerabat Rasulullah SAW). (as-Syuura: 23)
Demikian juga diriwayatkan dalam banyak hadis mengenai tuntutan mencintai dan memuliakan Ahli Bait seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: Aku ingatkan kamu kepada Allah (agar mencintai dan memuliakan) ahli keluargaku. (riwayat Muslim, Tarmizi, al-Nasa’i, Ahmad dan al-Hakim).
Di dalam hadis yang lain pula Baginda SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya aku tinggalkan buat kalian dua bekalan iaitu Kitabullah dan keturunanku Ahli Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Pelembut dan Maha Mengetahui telah memberitahuku bahawa kedua-duanya tidak akan berselisih sehinggakan kedua-duanya masuk ke syurga, maka lihatlah bagaimana kalian melanjutkan kepimpinanku terhadap dua perkara ini”. (Dikeluarkan oleh al-Haytami dalam Majma’ al Zawaid)
Daripada dalil-dalil di atas, nyatalah kepada kita bahawa mencintai dan memuliakan Ahli Bait adalah merupakan perintah yang terbit dari pelita al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.
Salafussoleh dan Ahli Bait
Para salafussoleh r.a tidak membiarkan firman Allah SWT dan hadis-hadis yang terlalu banyak menekankan peri pentingnya mencintai dan memuliakan Ahli Bait sebagai kalam yang sia-sia. Mereka telah mempraktikkan semua ini sepanjang kehidupan mereka dan menyemai rasa kasih dan penghormatan terhadap Ahli Bait ke dalam hati anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Saidina Abu Bakar al Siddiq r.a pernah berkata: “Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, aku lebih suka menyambungkan silaturrahim dengan kerabat Rasulullah SAW daripada kerabatku. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Saidina Umar ibn al-Khattab r.a pula pernah menyatakan kepada Saidina Abbas r.a dengan katanya: “Demi Allah! Keislaman kamu pada hari kamu memeluk Islam lebih aku sukai daripada pengislaman al-Khattab (iaitu bapanya), kerana keIslaman kamu lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW daripada pengislaman al-Khattab”. (riwayat Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat).
Demikian juga perbuatan Saidina Zaid ibn Thabit r.a yang mencium tangan Ibnu Abbas r.a lalu berkata: “Beginilah kami diperintahkan agar menghormati ahli keluarga Nabi kami”.
Seorang cucu Rasulullah SAW yang bernama Abdullah ibn Hasan ibn Hasan berkata: “Aku telah datang menemui Umar ibn Abdul Aziz dengan membawa hajatku. Maka dia berkata kepadaku: Sekiranya kamu mempunyai sebarang hajat, maka utuskanlah seorang utusan kepadaku dan tulislah hajatmu itu kerana aku malu kepada Allah tatkala melihatmu berada di depan pintu rumahku”.
Kecintaan Imam Mazhab Terhadap Ahli Bait
Imam-imam mazhab fiqh yang muktabar juga sentiasa meletakkan kedudukan Ahli Bait di tempat yang selayaknya seperti yang telah diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya.
Mereka hidup bergaul dengan zuriat Baginda SAW yang mendiami kota Madinah, Mekah dan bumi Syam dengan pergaulan yang baik, penghormatan dan kasih sayang demi meraih keredaan nenda mereka, Rasulullah SAW.
Imam Abu Hanifah r.a adalah di antara imam-imam Ahli Sunnah yang begitu mengasihi ahli keluarga Nabi SAW. Beliau telah berfatwa agar umat Islam memberikan wala’ (kesetiaan), melazimi dan mentaati Saidina Ibrahim ibn Abdullah ibn al-Hasan ibn al-Hasan al-Muthanna ibn Ali r.a. Fatwanya ini menyebabkan beliau dipenjara tetapi diuar-uarkan bahawa beliau dihukum penjara kerana menolak jawatan kadi yang ditawarkan kepadanya.
Imam Malik ibn Anas r.a juga telah memuliakan dan berfatwa agar umat Islam memberi ketaatan kepada Saidina Ibrahim ibn Zaid ibn Ali Zain al-Abidin ibn al-Husain ibn Ali r.a. Lantaran daripada itu, beliau dipenjarakan selama beberapa tahun.
Imam Muhammad ibn Idris al-Syafie pula adalah di kalangan imam yang paling tebal kecintaannya terhadap ahli keluarga Nabi SAW. Beliau menegaskan di dalam serangkap syairnya yang bermaksud: “Sekiranya mencintai ahli keluarga Nabi SAW menjadikan seseorang itu digelar Rafidhah, maka saksikanlah wahai manusia dan jin bahawa aku adalah Rafidhah”.
Di dalam sebuah syairnya yang lain beliau menyatakan: “Wahai Ahli Bait Rasulullah! Cinta terhadap kalian adalah satu kewajipan di dalam al-Quran yang diturunkan Allah, Cukuplah bukti betapa tingginya kedudukan kalian, sesiapa yang tidak bersalawat ke atas kalian di dalam solat, maka tidak sempurnalah solatnya”.
Diriwayatkan oleh muridnya bernama al-Rabi’ bahawa: Ketika kami pergi mengerjakan haji bersama Imam Syafie r.a, kami melihat beliau tidak akan mendaki suatu tempat yang tinggi atau turun ke kawasan lembah, melainkan beliau akan menangis dan mendendangkan syairnya yang bermaksud: “Ahli keluarga Nabi adalah perisaiku dan mereka adalah wasilahku kepada Allah, aku berharap kelak dengan keberkatan mereka, agar diserahkan sahifah (catatan amalan) di tangan kananku”.
Mencintai Ahli Bait di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sesungguhnya Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah kelompok umat Islam yang paling benar dan tepat dalam mempersembahkan kasihnya terhadap ahli keluarga Nabi SAW.
Kecintaan mereka pada hakikatnya berbeza dengan pegangan kaum Syiah yang bersifat melampau dalam mengagungkan Ahli Bait. Kecintaan mereka yang berpaksikan kepada al-Quran dan Sunnah ini merumuskan kepada kita kepada beberapa perkara:
1. Ahli Sunnah mewajibkan pengikutnya mencintai dan memuliakan semua Ahli Bait dan sahabat-sahabat Baginda SAW kerana tanda kasih yang tulus terhadap Nabi SAW ialah dengan mengasihi dan memuliakan Ahli Bait dan para sahabat baginda.
2. Ahli Sunnah berlepas diri (tiada kena mengena) dengan jalan orang yang melakukan pelampauan ke atas keluarga Nabi SAW seperti mana amalan kaum Rafidhah yang tercela.
3. Ahli Sunnah memuliakan isteri-isteri Nabi SAW serta mendoakan agar Allah SWT meredai mereka setiap kali disebut nama-nama mereka. Pemilihan mereka sebagai isteri adalah dari perbuatan Nabi SAW yang maksum. Sekiranya kita mencerca mereka seperti amalan kaum Syiah, secara tidak langsung kita mempertikaikan kemaksuman Rasulullah SAW.
4. Ahli Sunnah menyifatkan Ahli Bait sebagaimana yang disyariatkan dan digariskan oleh al- Quran dan Sunnah, bukan mengasihi mereka untuk menjayakan syiar dan muslihat politik seperti mana amalan kaum Syiah.
5. Ahli Sunnah tidak mengiktikadkan bahawa Ahli Bait adalah maksum, bahkan mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa sebagaimana manusia yang lain.
6. Ahli Sunnah beriktikad bahawa perkataan dan pendapat yang menyebut tentang kelebihan atau kemuliaan Ahli Bait tidaklah bermaksud melebihkan mereka pada setiap keadaan atau setiap orang. Bahkan dari beberapa sudut yang lain terdapat individu-individu lain yang lebih afdal daripada mereka.
Demikian juga terdapat banyak kitab karangan ulama fiqh, hadis dan tafsir mengenai gesaan mencintai dan memuliakan ahli keluarga Nabi SAW. Di antara mereka ialah al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti r.a.
Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk Ihya’ al-Mayyit Bi Fadhail Aalil Bait yang menghimpunkan 60 buah hadis yang membicarakan tentang tuntutan mengasihi, keutamaan dan kelebihan ahli keluarga Nabi SAW.
Hukum tahan berhadas kecil, besar ketika solat
Soalan
APAKAH hukum menahan buang air kecil ketika solat.
Jawapan.
Menahan air kecil antara perbuatan menahan hadas termasuk membuang air besar atau kentut. Hukum menahan hadas adalah makruh. Perkara ini boleh terjadi apabila seseorang masih mempunyai waktu untuk keluar solat bagi memenuhi keperluan itu.
Sabda Nabi SAW bermaksud: “Janganlah seseorang mengerjakan solat apabila makanan sudah dihidangkan dan apabila mendesak keinginan buang air besar atau kecil.” (Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Hukum makruh ini berubah kepada harus jika waktu solat terlalu sempit kerana dia terlambat. Ia harus menahan hadas itu dan terus bersolat.
Jika menahan hadas boleh mengakibatkan bahaya seperti penyakit, wajib baginya memberhentikan solat.
Menurut kitab Busyral Karim Bi Syarhi Masa’ilit Ta’lim: “Makruh solat dalam keadaan menahan air kencing atau membuang air besar atau menahan angin. Disunatkan agar melapangkan diri sebelum solat , walaupun khuatir terluput daripada solat berjemaah. Ini bagi yang mendapati ada keluasan waktu.
“Jika tidak wajib baginya menyempurnakan solat kerana kehormatan waktu kecuali jika bimbang ditimpa mudarat, haram baginya meneruskan solat.”
Takabbur Punca Tidak Syukur
BAYANGKAN, sedang kita enak bersandar di kerusi empuk dan menghela nafas panjang sambil menghirup kopi panas segar, masih ramai lagi umat di luar sana diuji dengan pelbagai dugaan berat, tidur di khemah, makan seadanya, berhujan, berpanas terik tanpa bekalan air bersih dan elektrik sama ada akibat musibah bencana alam mahupun keganasan manusia seperti di Palestin dan Iraq.
Namun, dalam keadaan seperti itu, berapa ramaikah daripada kita yang mahu merenung dan mensyukuri nikmat Allah sehingga berterus-terusan membuat kerosakan dan kehancuran di muka bumi ini.
Keselamatan, keamanan dan kebaikan yang diperoleh ini adalah tanda kekuasaan dan kebesaran Allah yang wajib kita syukuri. Bersyukur adalah pengakuan atas nikmat kurnia Allah dengan penuh tawaduk diiringi keyakinan bahawa syukur itu sendiri adalah nikmat Allah yang berhak disyukuri.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” � (Surah Ibrahim, ayat 14)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjadikan hati sentiasa bersyukur, lisan selalu berzikir.” � (Hadis riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibnu Majah)
Apabila kita mampu menghayati konsep kesyukuran kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka barulah timbul rasa keinsafan, toleransi dan keprihatinan kepada nasib dan masa depan kita sebagai individu Muslim, keluarga dan umat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang beriman di dalam kasih sayang dan prihatin antara mereka adalah seperti satu jasad yang jika sebahagian daripada anggota itu mengadu sakit, ia membawa seluruh jasad itu berjaga malam dan deman.” � (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Bertanyalah kepada diri sendiri, apakah hati nurani kita tidak tercuit tatkala membaca berita umat yang ditimpa musibah atau dibunuh dengan ganas di Palestin dan di Iraq atau saudara kita ditimpa penyakit berat, miskin hingga hidup melarat tanpa makan minum dan tempat berteduh.
Perihal keprihatinan dan sikap mengambil berat nasib dan masa depan umat ini sudah tertanam dalam peribadi Rasulullah SAW sendiri yang tatkala berbaring sebelum melelapkan matanya menangis hingga telapak tangannya dipenuhi air mata.
Detik-detik terakhir sebelum menghembuskan nafasnya, Baginda SAW mengungkapkan kalimah “ummati, ummati, ummati” (umatku, umatku, umatku), begitulah keprihatinan Baginda SAW.
Allah berfirman yang bermaksud: “Orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.” � (Surah Ali Imran, ayat 3)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Maka yang mana antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” � (Surah Ar-Rahman, ayat 69)
Konsep kesyukuran ini juga merealisasikan sikap tunduk dan patuh hamba kepada sang penciptanya, sekali gus menjadikan kita insan kerdil yang sekuat mana sekalipun tenaga dan upayanya atau sekaya manapun hartanya, akhirnya akan kembali kepada Yang Maha Sempurna.
Kebimbangannya ialah apabila kita gagal menyatakan dan menunjukkan kesyukuran kepada Allah, kita akan tenggelam dalam kenikmatan dan keseronokan hidup sehingga akhirnya hanyut dan tidak lagi berupaya berpesan-pesan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Rasulullah SAW memberi amaran bahaya fenomena ini dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi: “Demi jiwaku yang berada di dalam tangan-Nya, benar-benar kalian menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, atau Allah benar-benar akan mengirimkan bencana, lalu kalian berdoa dan tidak dikabulkan.”
Pada ketika itu, janganlah kita menyalahkan alam jika kita ditimpa musibah bencana atau tragedi, janganlah menyalahkan orang lain jika terasa dianiayai, janganlah dituding jari kepada sesiapa melainkan melihat ke dalam diri sendiri.
Gagal mensyukuri nikmat Allah adalah petanda sifat angkuh dan sombong, sesungguhnya sifat angkuh dan sombong adalah milik Firaun, Haman, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab!